SEORANG wanita meluahkan rasa kecewa apabila peranannya sebagai guru ganti dipandang rendah oleh segelintir individu.
Bukan itu sahaja, dia juga mendakwa menerima layanan dingin seolah-olah tidak mempunyai kelulusan untuk bergelar pendidik.
Berkongsi rasa di Thread, ujar wanita ini, perasaan sedih terus menyelubungi dirinya selepas menyaksikan seorang guru baharu disambut mesra.

Setiap guru bertanggungjawab mendidik generasi masa kini. -Gambar hiasan
"Sangat menyakitkan, kita sebagai guru ganti dipandang rendah.
"Kebetulan ada guru baru posting, terkejut tengok guru yang tak pernah balas senyuman saya tiba-tiba bertepuk tampar dengan guru baharu tu," luahnya, sayu.
Mengakui kecewa dengan situasi yang berlaku, dia kemudiannya mengucapkan tahniah kepada guru baru berkenaan dan mendoakannya dapat berkhidmat dengan baik.
ARTIKEL BERKAITAN: Cara cikgu ini ‘hukum’ murid biadab dapat sokongan, tak perlu tengking… Dulu letak kaki atas meja, sekarang menangis mohon maaf
ARTIKEL BERKAITAN: Guru ganti beremosi pelajar biadab, naik kepala bila berlembut... Esoknya terus ubah sikap jadi cikgu tegas, serius dalam kelas
Pada masa sama, dia mengimbau kenangan ketika bertugas sebagai guru praktikum.
"Lain sangat layanan masa jadi guru praktikum, mungkin mereka ingat saya ni datang dari mana-mana terus jadi guru ganti," tambahnya.
- Wanita kecewa guru ganti dipandang rendah dan dilayan dingin.
- Sedih lihat guru baru disambut mesra sementara dirinya diabaikan.
- Tegaskan dia berkelayakan, tamat Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) dan pernah kerja jurutera.
- Dia juga mengenang pengalaman jadi guru praktikum yang dilayan berbeza berbanding kini.
- Netizen beri kata semangat, pesan jangan rasa down kerana layanan segelintir individu.
Menurut wanita ini, dia juga mempunyai kelayakan sebagai pendidik kerana telah menamatkan pengajian dalam Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).
Malah dia turut mendedahkan dirinya pernah berkhidmat sebagai seorang jurutera.
"Saya ada DPLI dan juga pernah bekerja sebagai jurutera, tak apalah, saya ambil ni sebagai pengalaman. Semoga saya terus kuat," tambahnya.

Warga maya memberi kata-kata semangat kepadanya.
Luahannya itu membuatkan warga maya berkongsi pengalaman kerjaya masing-masing sambil memberi kata-kata semangat padanya.
"Tak perlu fikir sangat apa layanan orang pada kita.
"Saya pernah jadi guru ganti, tak semua sekolah macam tu... Alhamdulillah sekolah saya dulu semua elok.
"Dia atas individu, adakala guru sama guru pun tak suka senyum tapi saya pesan satu je... jangan kerana seorang dua macam tu, awak terus rasa down," demikian antara reaksi netizen.


