suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah seiras Mimi Lana, ramai ingat Amirah Razak adik Syafiq Kyle

Amirah jelaskan hubungan dengan Mimi Lana.

PENDATANG baharu industri lakonan, Amirah Razak tidak melatah apabila ada segelintir pihak menyamakan wajahnya dengan aktres Mimi Lana.

Amirah atau nama sebenarnya Nur Amirah Aisyah Abdul Razak, 27, berkata kekeliruan itu bukan perkara baharu malah ada juga yang menyangka dia mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pelakon Syafiq Kyle hanya kerana berkongsi nama bapa yang sama.

"Memang ada yang kata saya macam adik Mimi Lana. Nama saya Amirah Razak, ada juga yang ingat saya adik Syafiq Kyle.

"Tapi saya tiada kena-mengena pun dengan mereka berdua," katanya.

Ramai menyangka Amirah mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Syafiq.

Bagaimanapun, pelakon filem Baga: Esok Untuk Siapa itu tidak menafikan kedua-dua nama besar dalam industri seni berkenaan banyak membantunya mendapatkan panduan untuk mengembangkan kerjaya lakonan.

"Namun, mereka berdua banyak membantu saya tentang bagaimana hendak bermula dalam industri ini.

"Mimi juga sangat baik dan banyak mengajar saya apa yang perlu dilakukan selepas ini," ujarnya.

Sebelum ini, nama Amirah mula mendapat perhatian selepas bergandingan dengan pelakon Amir Ahnaf menerusi filem Baga: Esok Untuk Siapa yang bakal menemui penonton di pawagam bermula 5 November ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Amirah Razak ikut prinsip June Lojong, tolak jalan pintas untuk popular

ARTIKEL BERKAITAN: Amir Ahnaf gagal tahan sebak peminat masih sokong, sangka karier seni sudah berkubur

Dalam pada itu, Amirah yang mempunyai latar belakang lakonan teater mengakui masih dalam proses menyesuaikan diri dengan dunia lakonan di hadapan kamera.

Katanya, pengalaman beraksi di pentas teater sangat berbeza berbanding lakonan untuk filem, justeru dia memerlukan lebih banyak masa untuk mencari keserasian.

"Saya mula didedahkan dengan dunia lakonan menerusi teater. Jadi, perbezaan antara lakonan teater dengan di hadapan kamera sangat besar, lebih-lebih lagi untuk filem berskala besar seperti ini.

"Saya masih belajar dan mencari rentak lakonan di hadapan kamera. Saya rasa perbezaan itu bukan sesuatu yang boleh diatasi hanya dengan satu atau dua filem, mungkin mengambil masa bertahun-tahun," jelasnya.

Artikel Lain