suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru tahu rupanya cuti tanpa gaji, ‘advance salary’ musuh dalam senyap! Patut pinjaman rumah tak lepas

Persediaan rapi diperlukan daripada segi kewangan sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah. -Gambar hiasan AI

SIAPA sahaja yang tidak teruja apabila membayangkan impian untuk memiliki sebuah rumah sendiri hampir tercapai?

Bagaimanapun, impian itu boleh berkecai sekelip mata jika permohonan pinjaman perumahan anda ditolak pihak bank.

Pihak bank sememangnya mengambil kira pelbagai faktor sebelum meluluskan sebarang pinjaman, antaranya termasuklah prestasi pembayaran hutang, komitmen kewangan bulanan, serta kestabilan sumber pendapatan peminjam.

Justeru, amat penting bagi bakal pembeli rumah untuk membuat persediaan rapi sekurang-kurangnya dalam tempoh enam bulan sebelum mengemukakan sebarang permohonan kepada pihak bank.

Menerusi satu perkongsian oleh seorang ejen hartanah di Threads melalui akaun muhsinabdaziz, terdapat empat perkara penting perlu dielakkan dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan sebelum anda membuat permohonan pinjaman perumahan.

Ia bagi memastikan rekod kewangan anda kelihatan cantik di mata bank:

1. Jangan minta advance gaji daripada majikan

Tahan diri daripada meminta pendahuluan gaji daripada pihak pengurusan. 

Pastikan penyata bank anda bagi tempoh 6 bulan tersebut memaparkan amaun kemasukan gaji secara konsisten dan teratur.

2. Elakkan ambil unpaid leave

Apabila anda mengambil cuti tanpa gaji, jumlah gaji bulanan yang masuk ke dalam akaun akan berkurang dan tidak konsisten dengan bulan-bulan lain. 

Keadaan ini membuatkan penyata bank kelihatan 'kurang cantik' dan boleh menjejaskan penilaian bank terhadap kestabilan pendapatan anda.

3. Tahan diri tambah hutang baharu

Fasa enam bulan sebelum memohon loan rumah memerlukan anda untuk lebih bersabar. 

Elakkan mengambil komitmen baharu seperti membuat pembiayaan kereta, motosikal, atau kad kredit baharu yang mana ia akan direkodkan dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS).

4. Bayar hutang secara berdisiplin

Pastikan semua komitmen sedia ada seperti pinjaman bank dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dibayar tepat pada waktunya. 

Rekod bayaran berdisiplin akan memastikan laporan CCRIS anda kelihatan bersih dan meyakinkan pihak bank meluluskan permohonan anda.

Artikel Lain