suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serik asyik tersalah beli, wanita ini terkejut petua ukur lengan rupanya ‘ngam-ngam’ dengan saiz kasut anak

Pemilihan saiz kasut yang betul penting bagi memastikan keselesaan anak. -Gambar hiasan AI

MEMILIH kasut sesuai untuk anak bukannya satu tugas mudah, terutamanya bagi ibu bapa muda era Gen-Z yang gemar membeli-belah secara dalam talian tanpa dapat mencubanya terlebih dahulu.

Kesilapan memilih saiz bukan sahaja boleh membuatkan kaki si kecil berasa tidak selesa jika terlalu sempit, malah saiz yang terlampau besar pula berisiko menyebabkan mereka mudah tersadung ketika berjalan.

Namun, terdapat satu kaedah ataupun tip yang boleh dijadikan rujukan bagi mendapatkan anggaran saiz kaki si kecil.

Caranya adalah dengan membandingkan panjang tapak kaki anak dengan bahagian lengan bawah mereka, iaitu bermula dari siku hingga ke pergelangan tangan.

Kajian popular tentang hal itu ini sering dikaitkan dengan karya tokoh terkenal Itali, Leonardo da Vinci yang banyak merungkai fakta dan sains menarik di sebalik struktur anatomi manusia..

Menurutnya, panjang kaki seseorang secara umumnya boleh menghampiri panjang lengan bahagian bawahnya.

Untuk mencuba kaedah ini, ukur kaki anak dari bahagian belakang tumit hingga ke jari kaki yang paling panjang.

Kemudian, ukur pula lengan bawah dari bahagian siku hingga ke pergelangan tangan.

Jika kedua-dua ukuran hampir sama, ia boleh dijadikan gambaran kasar mengenai panjang kaki si kecil.

Bagaimanapun, kaedah tersebut hanya boleh dijadikan sebagai panduan dan anggaran sahaja kerana setiap individu mempunyai bentuk tubuh berbeza.

Namun, seorang pengguna Threads, erdinaanuar menyatakan bahawa tip tersebut benar-benar berhasil dan membantunya memilih saiz kasut anaknya.

"Tip untuk mak nak pilih kasut anak, ukur dari pergelangan tangan anak sampai ke siku, saya dah cuba dekat anak dan menjadi rupanya.

"Memandangkan tulang belakang tak bagi kerjasama, cara ni sangatlah membantu daripada nak kena tunduk bengkok badan," katanya. 

Namun bagi mendapatkan saiz yang tepat dan selamat, ibu bapa tetap digalakkan mengukur panjang kaki anak menggunakan pembaris atau pita ukur sebelum merujuk kepada carta saiz rasmi yang disediakan peniaga.

Selain panjang tapak, kelebaran kaki serta ruang tambahan pada bahagian hadapan kasut juga perlu diberi perhatian agar kaki si kecil tidak terhimpit ketika melangkah.

Artikel Lain