RAMAI pembuli sering lupa bahawa doa orang yang dizalimi tiada hijab di sisi Allah, malahan terus diangkat ke langit tanpa halangan.Itulah kebesaran yang dirasai seorang wanita apabila diuji menjadi mangsa buli di tempat kerja, sebelum memilih untuk mengadu nasib kepada Yang Maha Esa. Imbas wanita itu, dia terkejut apabila mengetahui pelaku diuji dengan masalah keluarga sejurus dia berdoa tentang penganiayaan yang dialaminya.Tempat kerja sepatutnya menjadi zon selamat untuk semua kakitangan. -Gambar hiasan AI"Sakit dibuli di tempat kerja oleh seorang perempuan ni. Ia berlaku ketika saya baru kehilangan arwah emak. Saya masuk surau pejabat waktu rehat tengah hari Jumaat."Saya menangis dan solat hajat, minta Allah balas rasa sakit itu agar pelaku pun merasainya. Keluar je surau, saya pergi ke meja sendiri."Tiba-tiba saya lihat perempuan tu tergesa-gesa kemas barang dia untuk balik. Rupa-rupanya anak dia tiba-tiba sakit di rumah pengasuh," ujar wanita itu tanpa mendedahkan bentuk penganiayaan yang dihadapinya.Wanita kongsi pengalamannya dibuli oleh seorang rakan sekerja.Dia sedih kerana kejadian itu berlaku ketika ibunya baru meninggal dunia.Dia melakukan solat hajat dan mengadu kepada Allah tentang nasibnya.Dia tidak menyangka si pembuli diuji dengan masalah keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AIMenurut pengadu, perasaan bersalah mula menyelubungi dirinya apabila melihat wanita berkenaan menangis ketakutan mengenangkan nasib anaknya yang sedang sakit."Beberapa hari dia menangis. Dia mengadu dekat rakan sekerja yang lain. Dia takut anaknya tak sembuh. Saya yang terdengar rasa bersalah. Doa saya diangkat ke?"Saya solat hajat balik, minta Allah sembuhkan anak dia semula sebab bukan si anak patut terima hukuman. Alhamdulillah, anak dia sembuh.ARTIKEL BERKAITAN: Ingat nak siasat senyap-senyap, tapi video buli dah tersebar! Universiti janji bertindak kes junior dilempang, dipaksa tekan tubiARTIKEL BERKAITAN: Buli di asrama perempuan lebih teruk... Pelajar dakwa kepala disepak ketika wuduk, dipukul beramai-ramai dalam dorm"Itu yang saya sangat terkejut. Begitu sekali doa saya yang dianiaya diangkat oleh Allah. Pengalaman ini mengingatkan saya agar tak aniaya orang," ujarnya lagi.Walaupun menyaksikan sendiri 'kuasa' doa orang teraniaya, wanita itu mendedahkan individu terbabit langsung tidak menunjukkan rasa insaf, malah meneruskan tabiat buruknya mengganggu staf lain."Dia tak nak orang ambil jawatannya. Lepas saya tukar jabatan, dia dah tak kacau saya. Tapi dia buli orang lain pula. "Tapi hidup dia memang tak ke mana. Kahwin cerai banyak kali. Hidup dia pun di tahap itu saja," ujarnya menerusi hantaran yang tular di aplikasi Threads.