TRAUMA dialami oleh mangsa buli boleh kekal menghantui hidup mereka walaupun ia sudah bertahun-tahun berlalu.Menurut seorang wanita, setiap penderitaan dialaminya ketika bergelar pelajar 23 tahun lalu juga masih segar terpahat di ingatan. "Saya mangsa buli 23 tahun yang lepas. Sampai ke hari ini saya masih ingat, tak boleh lupa dan tak boleh maafkan orang yang buli saya.Mangsa sepatutnya membuat aduan kepada guru dan ibu bapa jika mereka dibuli di asrama. -Gambar hiasan AI"Saya kena sepak belakang kepala masa tengah ambil air sembahyang. Mata lebam sebab terhantuk kepala dekat paip besi. Kena sepak terajang ramai-ramai."Saya pernah kena pukul dalam dorm, kena tumbuk muka lepas mandi," imbasnya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada awal pagi Selasa.Dakwa wanita itu lagi, dia juga pernah menyaksikan pelajar lain menjadi mangsa serangan seksual.Wanita imbas pengalaman dibuli ketika bersekolah 23 tahun lalu.Dia mendakwa pernah dipukul di kepala ketika sedang berwuduk.Dia juga mendakwa pernah dipukul beramai-ramai di dalam dorm.Dia juga menyaksikan pelajar lain dicabul oleh pembuli di asrama.Ringkasan ini dijana oleh AI"Pernah nampak budak kena buli dalam dorm. Timun masuk bahagian 'bawah' dia. Sumpah tak boleh tolong. "Pembuli tu kata kalau sesiapa tolong, orang tu akan jadi mangsa seterusnya," kongsinya lagi.Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa marah terhadap golongan pembuli kerana perbuatan mereka boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan mental mangsa.ARTIKEL BERKAITAN: Anak berwajah cantik dibuli cikgu perempuan dalam kelas, tudung jadi sasaran - “Datang untuk belajar, bukan melawa”ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki terkejut, pembuli zaman belajar kini sibuk cari sekolah 'bebas buli' untuk anak - “Suami kau ni bapa segala setan”Malah, ada netizen yang turut mendoakan agar kumpulan pembuli berkenaan menerima pembalasan setimpal atas perbuatan keji mereka."Mana budak-budak yang buli tu sekarang? Geramnya dengar. Allahuakhbar."Kadang teringin nak jumpa balik dengan pembuli. Dulu tak pandai nak balas," tulis netizen.