Kanak-kanak sememangnya sinonim dengan sifat polos atau jujur hingga ada kalanya mengundang situasi lucu -Gambar hiasan AI
KETIDAKHADIRAN murid ke sekolah bukanlah satu perkara luar biasa kerana terdapat pelbagai faktor yang boleh menjadi penyebabnya.Selain masalah kesihatan, ada juga ibu bapa yang mengambil keputusan untuk 'merehatkan' anak daripada sesi persekolahan atas urusan keluarga atau sekadar mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama. Bagaimanapun, satu perkongsian seorang guru mengenai alasan ketidakhadiran seorang murid mencuri perhatian apabila kisah sebenar terbongkar menerusi pengakuan jujur kanak-kanak itu sendiri.Tabiat ponteng sekolah perlu dibendung agar ia tidak berterusan hingga ke alam sekolah menengah. -Gambar hiasan AI"Pada suatu hari tu ada murid tak hadir. Ibunya kata dia tiba-tiba demam panas."Kemudian beberapa hari kemudian murid tu datang jumpa saya. Dia beritahu... cikgu, maaf ya hari tu saya tak datang. Saya pergi pantai. Jauh sikit, cikgu. Sebab tu kena cuti."Ya Allah anak, kenapa hang (kamu) jujur sangat," tulis guru itu.ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu kelas hujung naik meluat hadap perangai kaki ponteng... Paling geram tiru kerja sekolah kawan!ARTIKEL BERKAITAN: “Dah la kalah, ilmu makin sikit” - Individu haramkan anak terlibat pertandingan sukan, biar jadi kaki bangku asal cemerlang akademikMenerusi hantaran tersebut, guru berkenaan sempat menitipkan pesanan mesra sambil berseloroh mengingatkan ibu bapa di agar tidak sesuka hati mencipta alasan palsu, bimbang rahsia mereka pecah di tangan anak sendiri."Ibu ayah, jangan tipu cikgu tau. Anak hangpa (anda) kadang-kadang jujur sangat dengan cikgu," katanya lagi.Dalam pada itu, guru tersebut menjelaskan dia sendiri sebenarnya tidak mempunyai masalah sekiranya ibu bapa perlu mengambil cuti untuk meluangkan masa bersama anak-anak atau atas urusan tertentu.Sebaliknya, dia berharap ibu bapa dapat memaklumkan alasan sebenar kepada pihak sekolah tanpa perlu berselindung.Seorang guru berkongsi kisah lucu mengenai salah seorang muridnya yang tak hadir ke sekolah.Ibu murid berkenaan memberitahu anaknya mengalami demam panas.Bagaimanapun perkara sebenar terbongkar selepas murid berkenaan 'terlebih' jujur dengan guru.Guru tersebut nasihatkan ibu bapa tidak perlu menipu atau mencipta alasan.Netizen terhibur dengan perkongsian guru mengenai sifat polos muridnya. Ringkasan ini dijana oleh AIPerkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya terhibur dengan kejujuran murid berkenaan, selain menganggap sifat polos kanak-kanak sememangnya sukar menyimpan rahsia."Agaknya ibu betul-betul nak anaknya sakit kot. Nak bercuti enjoy-enjoy tak boleh tunggu cuti sekolah ke? "Cikgu, demam panas tu ubat dia pantai cikgu. Parents je tak bercerita habis."Kalau iya pun kenapa nak cakap anak demam. Kata-kata tu doa. Tulis sajalah holiday dengan family, mak perlukan vitamin sea (laut)," demikian antara komen lucu netizen.