suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda baru tahu aktiviti mendaki jadi ‘port’ curang orang berkahwin... Tidur sekhemah macam pasangan ‘halal’

Ada individu yang mengambil kesempatan melakukan maksiat ketika beriadah. -Gambar hiasan AI

AKTIVITI mendaki dan berkhemah sering menjadi pilihan pencinta alam untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan sambil menikmati keindahan flora dan fauna.

Namun, seorang pemuda mendakwa pernah berdepan pengalaman mengejutkan ketika menyertai satu ekspedisi mendaki yang turut melibatkan aktiviti berkhemah.

Menurutnya, sepanjang program itu dia menyedari kehadiran pasangan yang dilihat seperti suami isteri.

Setiap individu perlu tahu batas pergaulan dalam melakukan apa jua aktiviti. -Gambar hiasan AI

Setiap individu perlu tahu batas pergaulan dalam melakukan apa jua aktiviti. -Gambar hiasan AI

"Nampak macam suami isteri, kita pun tak kisah la dia nak tidur bersama dalam khemah sendiri. Kami ada khemah berasingan lelaki dan perempuan.

"Hinggalah apabila dah habis dan masing-masing balik rumah, saya terjumpa Facebook pasangan ni dan nak add friend mereka berdua tapi gambar profile macam lain," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu bongkar perangai kaki ‘hiking’, bukan mahram bebas tidur kongsi khemah... Melenting apabila ditegur bersekedudukan!

ARTIKEL BERKAITAN: Bulan madu jadi racun! Isteri ditinggalkan suami di Kinabalu, mujur ada malim gunung - “Aku demam dia kata manja”

Tambahnya, gambar di Facebook membuatkan dia terkejut dan tertanya-tanya mengenai status pasangan tersebut.

"Gambar profile masing-masing dengan pasangan yang berbeza... anak-anak pun berbeza. Nak kata mereka ni adik-beradik pun bukan.

"Apabila tengok muka pasangan masing-masing, terus rasa kesian," katanya.

Tambah pemuda berkenaan, situasi itu membuatkan dia berasa serba salah sama ada perlu memaklumkan perkara tersebut kepada pasangan sebenar mereka atau sebaliknya.

"Masa tu kita akan terasa berada di titik persimpangan sama ada nak beritahu atau tidak. Tengok muka anak-anak mereka, ada yang masih kecil lagi, berat rasanya nak beritahu," katanya.

  • Pemuda terkejut apabila pasangan disangka suami isteri didakwa masing-masing sudah berkeluarga.
  • Status sebenar pasangan itu terbongkar selepas dia menemui akaun Facebook mereka.
  • Dia mengakui serba salah sama ada mahu memaklumkan perkara itu kepada pasangan sebenar.
  • Lelaki itu mencadangkan penganjur meminta bukti perkahwinan bagi pasangan yang berkhemah bersama.
  • Netizen mendakwa situasi seperti itu bukan lagi perkara asing dalam aktiviti mendaki.

Dia mencadangkan selepas ini, penganjur perlu meminta pasangan yang mengaku sebagai suami isteri mengemukakan sijil nikah sebelum dibenarkan menyertai program.

"Selepas ini boleh tanya dalam kumpulan dulu. Mana-mana pasangan yang datang mengaku suami isteri, kena tunjuk bukti sijil nikah. Kalau tak, takut nanti semua dapat bala," katanya.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui perbuatan terkutuk tersebut bukan perkara baru dalam aktiviti sedemikian.

"Tahun lepas masa naik Bukit Kerinchi, ada pasangan ni kami ingat mereka suami isteri sebab tidur sekali. Sekali masa turun, masing-masing facetime pasangan masing-masing.

"Pernah saksi pasangan ni naik sama-sama, tidur khemah sama-sama. Apabila turun, naik kereta asing-asing. Apabila tanya, mereka jawab hanya kawan," kongsi warga maya.

Artikel Lain