AKTIVITI mendaki dan berkhemah kini menjadi antara trend gaya hidup sihat yang semakin digemari masyarakat khususnya golongan dewasa.
Namun di sebalik minat terhadap alam semula jadi itu, terdapat segelintir individu didapati tidak menjaga batas pergaulan.
Seorang pengguna media sosial menegur tindakan beberapa individu yang bukan pasangan suami isteri tetapi berkongsi khemah ketika aktiviti itu.
Mendaki antara aktiviti yang menyihatkan tubuh badan. -Gambar hiasan AI
"Bagi anda yang bukan suami isteri tapi apabila hiking, camping duduk satu khemah... jangan buat lagi. Elak walaupun katanya duduk satu khemah tapi bukan buat apa pun sekadar tidur je.
"Alasannya sebab tak nak bawa banyak barang. Kalau dah satu khemah tu macam-macam boleh jadi ye, faham-faham je la" kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita 'ligat' bersosial kalah orang bujang lepas cerai, asyik keluar sampai abai 4 anak... Dulu gelojoh kahwin awal
ARTIKEL BERKAITAN: Bulan madu jadi racun! Isteri ditinggalkan suami di Kinabalu, mujur ada malim gunung - “Aku demam dia kata manja”
Individu itu mendakwa, lebih mengecewakan ialah golongan yang tidak menjaga batas pergaulan ini bukannya orang muda sebaliknya jauh lebih dewasa.
"Dah pangkat makcik, datuk nenek dah masing-masing. Mereka ni dah macam suami isteri apabila hiking.
“Orang lain mungkin tak tahu sebab nampak macam suami isteri. Tapi apabila tahu hal sebenar, rasa macam tanggung dosa pula," katanya.
- Aktiviti hiking dan camping semakin popular dalam kalangan dewasa.
- Warganet menegur pasangan bukan suami isteri berkongsi khemah.
- Alasan kononnya mahu kurangkan beban tidak wajar dijadikan sebab.
- Teguran turut ditujukan kepada golongan berusia yang terlibat.
- Netizen lain setuju dan seru jaga batas serta elak fitnah.
Dia menegaskan, teguran itu bukan bertujuan untuk menunjuk alim, sebaliknya sebagai peringatan agar semua pihak berhati-hati dan menjaga batas pergaulan.
Warga maya yang membaca luahan tersebut mengakui tentang kebenaran perkongsian individu terbabit kerana mereka sendiri melihat perbuatan tersebut.
Reaksi warga maya
"Situasi ni saya pernah lihat. Selamba je anak perempuan dia bawa masuk kawan lelaki dalam khemah. Ayah dia dekat luar, saya tak berani tegur sebab dah macam samseng.
"Pernah tegur tapi mereka kata... sibuk betul ya dengan urusan orang, jaga tepi kain sendiri dah la. Mereka ni bini orang dengan suami orang," katanya.
Namun, ada juga netizen yang terkejut dan tidak pernah terfikir perkara sedemikian boleh berlaku.


