suria

“Saya doakan dia mati” - Ibu rela kehilangan zuriat, tak sanggup tengok anak gadis 14 tahun hidup liar tanpa pedoman!

Gadis bermasalah perlu diberi bimbingan. -Gambar hiasan AI

HAD kesabaran seorang ibu juga batasnya lebih-lebih lagi jika anak perempuan yang baru berusia 14 tahun sering menimbulkan masalah sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Menurut si ibu, anaknya sudah beberapa kali diberhentikan sekolah kerana enggan ke sekolah walaupun guru berusaha datang ke rumah.

Selepas berhenti, remaja berkenaan dikatakan bekerja di sebuah kedai makan tetapi sering ponteng kerja.

Setiap ibu bapa harus bersabar dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AISetiap ibu bapa harus bersabar dalam membesarkan anak-anak. -Gambar hiasan AI

"Saya dah tak sanggup bela, dia berhenti sekolah cakap nak kerja. Tapi apabila dapat kerja, dia buat kedai makan tu macam hak milik bapa dia.

"Pergi sehari, dua hari ponteng. Saya dah tak tahan sebab dia melawan dan keras kepala. Asal tegur je cakap tertekan. Apa yang buat dia tertekan tak tahu la," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar lelaki jadikan guru wanita bahan fantasi nakal, terbayang-bayang dalam bilik air! - “Dia tanya soal hukum dan taubat”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu bas sekolah dihina murid perempuan, berani hantar mesej kurang ajar - “Hi pakcik babi!”

Tambahnya, lebih memburukkan keadaan remaja itu juga menghisap vape secara kerap sehingga ketagih.

"Dah macam ketagih. Orang siang berjaga malam tidur, tapi dunia dia terbalik orang tidur, dia celik.

"Macam mana korang pernah nampak kat Facebook perempuan muka lawa tapi bilik bersepah... macam itulah la anak saya," katanya lagi. 

  • Ibu hilang sabar selepas anak 14 tahun berhenti sekolah dan enggan bekerja tetap.
  • Remaja itu didakwa keras kepala, melawan dan sering berkata dirinya tertekan.
  • Anak terbabit juga dikatakan ketagih vape dan hidup tidak teratur.
  • Ibu berhasrat menghantar anak ke pusat pemulihan selepas nasihat tidak diendahkan.
  • Netizen menasihati agar ibu terus bersabar dan berdoa untuk perubahan anak.

Setelah berulang kali memberikan amaran dan nasihat namun bagaikan mencurah air di daun keladi, ibu berkenaan akhirnya hilang sabar dan bercadang menghantar anaknya ke pusat pemulihan atau tempat jagaan yang sesuai.

"Sebelum dia kena rodok dengan jantan, saya memang nak hantar dia pergi mana-mana pusat. Selama ni saya cuma cakap kat dia tapi dia seolah-olah mencabar.

"Biar dia kena angkut, sumpah saya dah putus asa sampai saya doakan dia mati," katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Sementara itu, netizen menasihati dan berharap wanita tersebut kekal tabah kerana pada usia berkenaan sememangnya anak-anak sering memberontak.

"Sebagai ibu yang ada anak-anak sedang meningkat remaja, apa yang saya boleh share adalah jangan putus asa untuk doakan anak kerana doa paling mustajab adalah doa seorang ibu.

"Memang umur macam tu tengah memberontak. Dulu saya pun macam tu. Tapi tidak la ke tahap lari dari rumah apabila kena marah," katanya.

Artikel Lain