SETIAP individu memiliki cita rasa tersendiri dalam memilih pasangan hidup.
Seperti lelaki ini, dia mahukan pasangan yang kurus dan menjaga penampilan sehingga sanggup mengeluarkan sejumlah wang agar isterinya berjaya menurunkan berat badan.
Kisahnya itu dikongsikan semula oleh seorang pelayar Facebook selepas lelaki terbabit akhirnya melafazkan talak bersyarat terhadap isterinya.

Setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih pasangan. -Gambar hiasan AI
"Saya ada kawan perempuan berbadan obes yang tingginya 146 sentimeter (cm) dengan berat 84 kilogram (kg) manakala suaminya kurus... tinggi 165cm dan berat 58kg.
"Kawan saya dah obes sebelum kahwin lagi, suami dia pun pernah jujur dan terus terang cakap tak suka perempuan obes.
"Suami dia pernah tetapkan syarat supaya dia turunkan berat bawah 60kg sebelum kahwin tapi tetap tak berjaya," ujarnya sambil menyatakan pasangan itu sudah tiga tahun berkahwin.
ARTIKEL BERKAITAN: Gemuk jadi punca suami curang, wanita nekad jaga badan... Lepas setahun tinggal 57kg, terus minta cerai
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri gempal damba nafkah batin, rindu dibelai! Dah cuba pikat, pakai 'perfume' pun suami tak bernafsu- "Peluk kena marah"
Menurut wanita ini, perkahwinan tetap dilangsungkan meskipun rakannya tidak berjaya mencapai berat yang dimahukan lelaki itu.
Malah ikatan tersebut dijalinkan dengan syarat rakannya perlu berusaha lebih lagi selepas berkahwin.
"Suami dia dah habiskan ribuan ringgit sebelum mereka berkahwin lagi sebab nak tengok dia turunkan berat badan.
- Suami mahu isteri kurus, sanggup belanja besar.
- Kahwin walau berat tak capai kehendak suami.
- Isteri tetap dikutuk obes lepas kahwin.
- Suami lafaz talak bersyarat jika tak turun 60kg.
- Netizen berbelah bahagi beri pandangan.
"Pernah bawa pergi buat rawatan kurus tapi tetap tak berhasil dan sepanjang perkahwinan, kawan saya asyik dikutuk obes.
"Mereka pun selalu bertengkar sebab di mata suaminya, kawan perempuan saya tak ada usaha untuk kuruskan badan," tambahnya berkongsi situasi rumah tangga rakan.
Tambah wanita ini lagi, suami rakannya juga telah menyediakan pelbagai alatan senaman bernilai ribuan ringgit bagi membantu proses menurunkan berat badan.

Reaksi netizen.
Namun malangnya, usaha lelaki itu bukan sahaja tidak berhasil, malah berat badan rakannya semakin bertambah kepada lebih 80kg.
"Bulan ni mereka bertengkar teruk sehingga suami dia lafazkan talak bersyarat melalui WhatsApp 'sekiranya berat tidak turun bawah 60kg selewatnya 31/12/2025, jatuhlah talak'," ujarnya.
Dia turut memaklumkan bahawa pasangan berkenaan belum dikurniakan zuriat.
Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi netizen dengan kebanyakannya berpendapat si isteri wajar berusaha serta memenuhi janji yang dibuat sebelum berkahwin.
Tambahan pula, segala alatan senaman telah disediakan di rumah yang dilihat memudahkan urusannya untuk menurunkan berat badan.


