SEORANG wanita berusia 59 tahun ditemukan maut di hadapan kedai runcit miliknya, disyaki akibat dipukul di bahagian kepala oleh suami sendiri susulan pertengkaran anatar mereka.Apa yang mengejutkan, suspek yang berusia 60 tahun itu enggan melarikan diri, sebaliknya setia menunggu di lokasi kejadian sehingga pihak polis tiba untuk menyerahkan diri dan membuat pengakuan berhubung perbuatan tersebut. Menurut pihak polis, mereka menerima maklumat mengenai kejadian berdarah di daerah Thanyaburi, Pathum Thani,Thailand itu kira-kira pukul 9.30 malam pada Rabu.Setibanya di lokasi, anggota polis menemukan mangsa dalam keadaan terbaring dengan kecederaan parah di kepala.Sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter dan sepana roda yang turut ditemukan berhampiran mangsa dirampas sebagai bahan bukti.Hasil siasatan awal mendapati lelaki yang bekerja sebagai penjual kereta terpakai itu mengakui sudah mendirikan rumah tangga dengan mangsa selama lebih 31 tahun dan dikurniakan seorang anak lelaki.Mengulas mengenai punca kejadian, suspek mendakwa pertengkaran hebat tercetus selepas isterinya tiba-tiba menuduh dia mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.Akuinya lagi, perasaan berang yang meluap-luap akibat tuduhan terbabit menyebabkannya hilang pertimbangan lalu bertindak memukul mangsa menggunakan kayu dan sepana roda.Polis kini sedang merakam keterangan lanjut suspek untuk tindakan undang-undang, manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Thammasat bagi proses bedah siasat untuk mengenalpasti punca kematian. -Agensi