suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Baru empat hari keluar tangkap ikan, kru minta nakhoda patah balik sebab nak kahwin... Dua maut selepas bertelagah

Kapal nelayan kebiasaannya akan berlayar selama beberapa minggu dan bulan. -Gambar hiasan AI

DUA kru kapal nelayan maut selepas berlaku pertelingkahan di atas kapal, susulan permintaan seorang daripada mereka untuk pulang membuat persiapan perkahwinan.

Kedua-dua kru itu, Wisnu Agung Priyanto dan Tedi Brosot, ditemukan tidak bernyawa sebelum nakhoda memutuskan untuk membawa kapal pulang ke pelabuhan.

Kejadian berlaku di atas kapal nelayan KM Dewi Samudra ketika berada di perairan Kalimantan, Indonesia, pada Ahad.

Menurut seorang kru, Gunawan, kapal itu berlepas dari Tegal pada 1 November dan dijadualkan berada di laut kira-kira 80 hari.

Bagaimanapun, selepas empat hari menangkap ikan, Tedi meminta supaya kapal berpatah balik ke Tegal kerana mahu membuat persiapan untuk berkahwin.

Gunawan berkata, permintaan itu tidak dilayan kru lain sebelum Tedi didakwa menikam leher Wisnu menggunakan pisau pemotong ikan.

Susulan tindakan yang dilakukan itu,  mangsa meninggal dunia tidak lama kemudian.

Tidak hanya itu, suspek turut didakwa membakar ruang kemudi, menyebabkan kru lain bimbang kemungkinan kapal akan karam.

Tindakan agresif yang dilakukan itu membuatkan suspek ditahan dan dipukul sebelum diikat pada tiang kapal.

Bagaimanapun, dia ditemukan tidak bernyawa ekoran keganasan yang berlaku.

Sementara itu, Ketua Polis Pelabuhan Tegal, AKP Nurmahmud, berkata Tedi masih hidup ketika ditahan kru, manakala punca kematiannya masih dalam siasatan.

Kapal itu tiba di pelabuhan Tegal kira-kira pukul 6.30 petang Selasa dengan kedua-dua jenazah dibawa ke Hospital Kardinah untuk bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain