PENYANYI Nubhan mendedahkan rumahnya didatangi individu pengutip hutang yang didakwa mencari bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.Berkongsi kejadian itu di Instagram miliknya, Nubhan, 40, menegaskan dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan demi keselamatan diri dan anak-anak. "Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri, saya mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini.Nubhan menunjukkan situasi rumahnya didatangi pengutip hutang. "Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi keselamatan anak-anak dan keluarga saya," katanya.Nubhan juga dipercayai telah membuat laporan polis berkaitan isu berkenaan, namun butiran mengenai tarikh laporan tersebut tidak dipaparkan.Laporan berkenaan menyebut, Dr Afifah atau Dr Fie gagal dihubungi oleh pihak pemiutang.ARTIKEL BERKAITAN: Bekas isteri Nubhan selamat bernikah dalam majlis tertutup, Dr Fie terima mas kahwin satu dinar emas ARTIKEL BERKAITAN: Prosiding komital Nubhan terhadap bekas isteri ditangguh, perbicaraan tak boleh diteruskanDalam pada itu, Nubhan turut meluahkan kebimbangan jika insiden berkenaan boleh memberi kesan kepada emosi anak-anak yang berada di bawah jagaannya."Baru-baru ini rumah saya didatangi pengutip hutang. Saya rasa amat risau atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya," ujarnya.Ketika dihubungi mStar, Nubhan bagaimanapun memberitahu dia tidak dapat berkongsi lanjut mengenai insiden itu kerana masih sibuk dengan urusan kerja.Nubhan dan Dr Fie sah bercerai pada Disember 2025. Untuk rekod, Dr Fie dan Nubhan mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.