PROSIDING komital membabitkan penyanyi Nubhan dan bekas isterinya iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek terpaksa ditangguhkan selepas pihak pemohon didakwa masih belum menyempurnakan beberapa prosedur yang diperlukan.Perkara itu dimaklumkan oleh peguam mewakili Dr Afifah iaitu Nor Hazura Hamzah yang memberitahu prosiding pada Isnin sepatutnya diteruskan dengan sesi soal balas terhadap anak guamnya oleh peguam yang mewakili Nubhan. Perkara tersebut bagaimanapun tidak dapat dilakukan kerana terdapat prosedur yang masih belum disempurnakan."Sepatutnya hari ini adalah untuk siasatan ataupun perbicaraan, termasuk sesi soal balas Dr Fie oleh peguam pihak pemohon, iaitu peguam Nubhan.Hazura (kanan) memaklumkan prosiding komital terpaksa ditangguhkan."Bagaimanapun, pihak sana masih belum menyempurnakan prosedur yang sepatutnya dibuat, jadi perbicaraan hari ini tidak dapat diteruskan," katanya ketika ditemui mStar selepas prosiding kedua berlangsung di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.Mahkamah kemudiannya menetapkan dua tarikh baharu bagi prosiding berkenaan iaitu pada 19 dan 27 Januari 2027.Sementara itu, Hazura menjelaskan beberapa prosedur perlu dipatuhi bagi memastikan prosiding berkenaan dijalankan dengan sempurna serta mengelakkan sebarang masalah pada peringkat seterusnya."Perkara ini berkaitan dengan prosedur. Kalau kita teruskan juga, prosedur itu akan menjadi cacat.ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Makin diam makin menjadi-jadi” - Nubhan dakwa terlalu banyak fitnah, mahu bersihkan semula namaARTIKEL BERKAITAN: [V] Dr Afifah terkilan, minta Nubhan pertimbang semula tindakan fail komital... Fikirkan masa depan anak-anak"Mungkin apabila diteruskan pada peringkat akan datang, ada rayuan atau semakan. Jadi, apa-apa keputusan tidak boleh diputuskan dengan sempurna," ujarnya.Hazura bagaimanapun enggan membuat sebarang andaian sama ada kelewatan berkenaan berpunca daripada tindakan pihak pemohon yang sengaja melengahkan prosiding."Saya tidak pasti sama ada sengaja melambatkan atau tidak. Ini kes mereka (Nubhan), mereka adalah pemohon dan kami responden."Sepatutnya, kalau mereka sudah menyempurnakan prosedur itu lebih awal, hari ini perbicaraan memang boleh dijalankan.Nubhan sebelum ini memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya."Tetapi mereka belum menyempurnakan perkara yang sepatutnya dibuat, jadi hari ini memang perlu ditangguhkan," ujarnya.Pada Mei lalu, Nubhan atau Ahmad Nubhan Ahamad, 40, memfailkan prosiding komital terhadap bekas isterinya selepas mendakwa Dr Afifah melanggar tiga perintah mahkamah.Untuk info, prosiding komital ialah satu proses undang-undang yang membolehkan mahkamah mengambil tindakan terhadap individu yang gagal mematuhi perintah yang telah ditetapkan atau melakukan perbuatan yang dianggap menghina mahkamah.Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fiee mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025 di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!