Seorang isteri wajib menghormati suami dan menunaikan tanggungjawabnya dalam rumah tangga. -Gambar hiasan AI
SELEPAS berkahwin, kehidupan seorang wanita turut disertai tanggungjawab terhadap suami dan rumah tangga yang dibina bersama.Dalam kehidupan berumah tangga, sikap saling menghormati, menjaga tutur kata serta mengambil kira perasaan pasangan menjadi antara perkara penting bagi memastikan hubungan kekal harmoni. Namun, lain pula kisah seorang lelaki ini apabila dia meluahkan rasa terkilan terhadap sikap isterinya yang didakwa kurang menghormatinya meskipun dia merasakan sudah melakukan yang terbaik demi rumah tangga mereka."Rasa pelik dengan perkahwinan ni. Aku sebagai suami rasa macam dah buat sehabis baik."Tapi si isteri rasa nak hormat... dia hormat. Rasa tak nak, dia langgar habis, langsung tak fikir perasaan suami," luahnya. Seorang isteri tidak sepatutnya meninggikan suara kepada suami. -Gambar hiasan AILebih mengecewakan lelaki itu, isterinya didakwa seolah-olah tidak mengambil kira perasaannya apabila membuat keputusan untuk menunaikan umrah bersama rakan-rakan tanpa terlebih dahulu menyelesaikan masalah rumah tangga mereka."Tiba-tiba dia datang dekat aku dan beritahu nak pergi umrah dengan kawan-kawan.ARTIKEL BERKAITAN: Baru sebulan kahwin... Isteri suka herdik suami, gagal kawal sikap panas baranARTIKEL BERKAITAN: Suami macam ‘punching bag’, isteri jadi panas baran lepas bersalin anak kedua - “Ada saja benda aku nak marah dia”"Dia tak sedar ke (masalah) dengan suami pun dia tak selesai lagi, tiba-tiba nak ke Tanah Suci? Patut ke aku izinkan dia ke sana?" luahnya sambil meminta pandangan daripada warga maya.Di ruangan komen, perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Seorang lelaki meluahkan rasa terkilan apabila mendakwa isterinya kurang menghormati dirinya sebagai suami.Dia mendakwa sudah melakukan yang terbaik demi rumah tangga mereka, namun perasaannya sering tidak diendahkan.Lebih mengejutkan apabila isteri menyuarakan hasrat untuk menunaikan umrah bersama rakan-rakan.Lelaki itu serba-salah memberi keizinan kerana masalah rumah tangga yang belum diselesaikan.Netizen mengingatkan lelaki itu tentang peranannya sebagai ketua keluarga.Ringkasan ini dijana oleh AINamun rata-ratanya berpendapat sebagai seorang suami, lelaki itu perlu memainkan peranannya sebagai ketua keluarga dengan membimbing isteri, selain menekankan komunikasi dan sikap saling memahami dalam menjaga keharmonian rumah tangga."Terus terang, nak hidup berumah tangga lama lagi. Perbaiki awal-awal jangan terlambat nanti masing-masing dah tawar hati susah."Pahala besar dekat dalam rumah yang ditinggalkan. Layan suami, berkhidmat untuk suami, jaga hati suami dan taat pada perintah suami adalah ladang pahala khas untuk isteri solehah. "Pergi umrah bersama kawan-kawan tidak boleh dijadikan alasan untuk melarikan diri daripada masalah rumah tangga yang belum selesai," komen netizen.