suria

Suami macam ‘punching bag’, isteri jadi panas baran lepas bersalin anak kedua - “Ada saja benda aku nak marah dia”

Suami perlu sabar melayan isteri yang menanggung kesakitan akibat bersalin. -Gambar hiasan AI

RAMAI wanita mengalami gangguan emosi selepas melahirkan anak akibat perubahan hormon dan tekanan menyesuaikan diri dengan peranan baharu sebagai ibu.

Di platform X, seorang wanita mencuri perhatian netizen selepas berkongsi kisahnya yang mudah melenting sejak melahirkan anak kedua.

Menurut wanita berkenaan, perubahan sikap itu menyebabkan suaminya berkecil hati sehingga berlaku perselisihan faham antara mereka.

Pix of pregnant women. ....-- M. Azhar Arif/The Star 26 July 2015

Segelintir wanita mengalami gangguan emosi ketika hamil dan selepas bersalin. -Gambar hiasan

"Sejak aku bersalin ni, semua benda yang suami aku buat, semua tak kena dekat mata aku. Ada saja benda aku nak marah dia.

"Akhir sekali, tadi dia cakap aku tak bersyukur dengan semua yang dia dah buat. Sekarang ni aku pun rasa serba salah. 

"Kadang tu bila fikir balik, benda kecil pun aku bising dengan dia. Dia pun kadang tak faham kenapa aku nak marah sebab benda-benda kecil," tulisnya.

  • Wanita mengaku sering 'naik angin' selepas melahirkan anak kedua.
  • Dia juga mengaku sering marah kepada suaminya.
  • Perubahan sikap itu mencetuskan perselisihan faham antara mereka.
  • Netizen nasihat wanita itu agar menjaga emosinya.

Menurut wanita itu lagi, dia sendiri tidak tahu punca sebenar yang menyebabkan dia mudah melenting terhadap suaminya.

Dalam hantaran sama, dia turut bertanya kepada pelayar X untuk memberikan pendapat tentang masalah yang sedang dihadapinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita baru bersalin sukar bergerak, tak sangka wujud jururawat 'berkira' tenaga! Pilih perhati daripada tolong

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tergamam ‘jiran’ katil sebelah bersalin anak ke-5 pada usia 19 tahun! Doktor terus tegur suami - “Awak tak kesian kat dia?”

"Adakah sebenarnya aku sedang hadap postpartum depression?" tulis wanita itu lagi.

Majoriti netizen di ruangan komen meminta wanita itu belajar mengawal emosi dan henti menyakitkan hati suami.

Newborn baby feet in bed close up. Happy Family concept. Beautiful conceptual image of Maternity. Useful as greeting card. Selective focus

Kehadiran cahaya mata sepatutnya menjadi pengerat kasih sayang suami isteri. -Gambar hiasan

"Kena fikir dulu sebelum cakap apa-apa. Benda kecil nak bebel, mestilah frust.

"Selagi dia membantu, kau cakaplah baik-baik. Bersyukurlan sikit dapat suami yang rajin, tak baran dan tak main perempuan.

"Sama macam isteri saya. Tengah berpantang anak kedua, sikit-sikit kena marah, lepas tu emosi," tulis beberapa netizen.

Artikel Lain