BAGI penduduk kampung, halaman luas di sekeliling rumah biasanya dipenuhi pelbagai tanaman seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga.
Di Thread, seorang pemuda meraih perhatian selepas berkongsi cerita mengenai buah mangga di rumahnya yang lesap dicuri individu tidak dikenali.
Menurutnya, sudah beberapa kali dia menyedari kehilangan itu, tetapi baru kali ini menyaksikan sendiri kejadian berkenaan di depan mata.

Hasil tanaman biasanya akan diagihkan kepada jiran dan suadara mara. -Gambar hiasan AI
"Ayah dengar bunyi buah jatuh atas bumbung. Saya, ayah dan ibu pergi tengok. Dekat pokok mangga tiada orang. Rupanya dia ada atas bumbung rumah.
"Dia lompat dari pagar, terus panjat ke bumbung. Nasib pakcik tak baik hari ni, bertemu kami. Dia siap bawa galah," tulis lelaki itu.
Di sebalik rasa tidak puas hati terhadap lelaki berusia itu, mereka sekeluarga tetap membenarkan dia pulang membawa buah mangga yang sudah diambil.
- Pemuda dedah buah mangga di rumahnya dicuri oleh seorang pakcik.
- Dia sekeluarga menegur pakcik itu agar tidak mencuri.
- Mereka tetap membenarkan pelaku pulang membawa mangga.
- Pelayar Thread puji sikap sabar pemuda itu.
"Ibu pun 'basuhlah' dia. Ibu tanya... tak takut dosa ke? Umur dah tua ni, fikirlah sikit. Pakcik tu minta maaf. Dia kutip mangga, masuk plastik.
"Saya suruh pakcik tu balik cepat-cepat. Saya kata... rezeki pakcik, pakcik ambil. Cuma ingat, salah tetap salah, kena jawab dengan Tuhan.
"Bertahun pakcik tu buat kerja ni. Nangka, mangga semua hilang. Ibu bising betul tadi. Terkejut kita, dah lama tak tengok dia amuk macam tu," kongsinya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Beritahu teringin nak makan colek, pemuda tak sangka B40 pandu Proton Saga ‘sauk’ mangga depan rumah sampai seguni!
ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga 'gigit jari' hampir 40kg Harumanis dicuri di kebun, terpaksa pulangkan duit pelanggan tempah awal
Tambah pemuda itu, dia sebenarnya terkilan hasil tanaman di rumahnya kerap dicuri sehingga tidak dapat diagihkan kepada orang lain.
"Mangga ni biasanya kami petik buat jeruk bagi dekat orang. Dah berapa musim tak dapat petik langsung.
"Kita pun tak sampai hati nak ambil gambar muka pelaku. Tak sedaplah, air muka orang kena jaga walaupun salah," tulisnya.

Kebanyakan rumah di kawasan kampung akan dipenuhi dengan tanaman. -Gambar hiasan
Perkongsian lelaki itu turut menerima pelbagai komen netizen termasuklah yang memuji sikap sabar tuan rumah.
"Sabarnya awak. Kalau saya, entah apa jadi. Saya ni 'kerasukan' kalau dah beremosi nak marah.
"Dah kena marah tu sempat lagi dia kutip masuk plastik. Orang sekarang tak kisah tentang halal dan haram.
"Sama macam rumah nenek kami. Mereka datang pukul 3 atau 4 pagi. Ambil berguni-guni buah mangga untuk dijual," tulis netizen.


