suria

Pemuda ‘hukum’ ibu bapa beri anak gajet di kedai makan, persoal erti sebenar masa bersama keluarga

Segelintir ibu bapa tidak kisah anak-anak mereka diberi gajet. -Gambar hiasan AI

SEORANG individu meraih perhatian selepas membuat teguran terbuka di aplikasi TiKTok mengenai penggunaan gajet dalam kalangan kanak-kanak.

Dalam hantaran itu, dia mempersoalkan sikap kebanyakan ibu bapa yang didakwa sengaja 'menyuap' gajet kepada anak-anak mereka.

"Sekarang aku tengok ramai ibu bapa yang bawa anak-anak pergi makan di luar, masa tunggu makanan, masing-masing sibuk dengan gajet.

Children looking for porn sites on tablet.

Ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet anak-anak. -Gambar hiasan

"Inikah yang dipanggil waktu bersama keluarga? Ayah ibu sibuk dengan TikTok dan WhatsApp. Anak sibuk game, yang kecil tengok YouTube," tulis individu itu.

Teguran individu itu menerima pelbagai reaksi netizen sehingga ia turut disebarkan ke aplikasi Thread.

Seorang wanita di aplikasi Thread meluahkan rasa tidak setuju dengan teguran itu dan beranggapan ibu bapa lebih tahu apa yang terbaik untuk anak mereka.

  • Pelayar TikTok tegur ibu bapa beri anak gajet ketika berada di kedai makan.
  • Wanita di Thread jawab teguran itu dan minta dia berhenti hakimi golongan ibu bapa.
  • Wanita itu berkata pemberian gajet boleh membuatkan kanak-kanak diam ketika berada di kedai makan.
  • Beberapa netizen turut bersetuju dengan jawapan yang diberikan wanita itu.

"Cuba kahwin dan ada anak dulu bang, baru kau tahu macam mana susahnya nak diamkan anak waktu makan. Kadang kita dah cuba macam-macam, tapi gajet juga jadi penyelamat.

"Lain orang lain cara, tolong jangan judge. Ada anak yang behave, ada yang tak. Bukan kita bagi telefon setiap masa, masih ada limit," jawab wanita itu.

Beberapa individu lain turut meluahkan rasa setuju dengan pandangan wanita berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pakar dedah bahaya media sosial kepada kanak-kanak bawah 13 tahun, trauma boleh berlarutan hingga dewasa

ARTIKEL BERKAITAN: Bagi anak main gajet masa makan, ramai mak ayah dah tak peduli kecaman - “Janji mental aku stabil”

"Saya bagi anak main telefon dekat kedai makan atau apabila bawa mereka ke tempat kerja. Tapi dalam kereta dan rumah, mereka tak diberi telefon.

"Saya bagi waktu kat kedai makan je sebab tak nak kacau orang dan tak nak dia cranky. Kat rumah, zero screentime.

"Aku ni bagi telefon kat kedai makan je sebab nak bagi anak duduk elok. Kalau tak, dia punya lasak memang pening kepala," tulis beberapa individu.

Artikel Lain