suria

Lelaki buat kecoh di hospital, bengang tak boleh daftar anak sakit terima rawatan

Waris perlu memahami prosedur yang ditetapkan hospital. -Gambar hiasan AI

SEORANG petugas hospital menasihatkan waris untuk membawa dokumen pengenalan diri pesakit bagi memudahkan urusan pendaftaran.

Menurut petugas lelaki itu, ia susulan berlaku insiden seorang bapa berang selepas gagal mendaftarkan anaknya untuk mendapatkan rawatan.

Jelasnya lelaki tersebut hadir ke kaunter pendaftaran namun tidak membawa MyKid, sijil kelahiran atau buku rekod kelahiran anak, sebaliknya tetap mendesak agar pendaftaran dilakukan.

Waris perlu memahami situasi pusat kesihatan yang sentiasa sibuk dengan pesakit. -Gambar hiasan AIWaris perlu memahami situasi pusat kesihatan yang sentiasa sibuk dengan pesakit. -Gambar hiasan AI

"Minta MyKid anak tiada, minta surat beranak pun tiada. Minta buku biru beranak anak pun dia tiada, katanya semua hilang.

"Lepas tu bising tak puas hati kenapa tak boleh daftar," kongsinya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Waris pesakit 'naik hantu', tengah sedap tidur staf hospital kejut suruh pulangkan kerusi malas

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tiada empati bengang janda suami telefon pukul 4 pagi beritahu anak masuk hospital - “Tak ada masa lain nak call?”

Petugas berkenaan menjelaskan bahawa setiap pesakit perlu mengemukakan kad pengenalan diri bagi tujuan pendaftaran, selaras dengan peraturan dan prosedur hospital.

"Memang undang-undang dan peraturan nak daftar di hospital kena kad pengenalan diri. Kalau tiada dokumen, pesakit akan dikenakan caj RM100.

"Kami juga masih boleh terima sekiranya ada gambar dokumen pengenalan,” katanya.

  • Petugas hospital kongsi kejadian bapa berang kerana gagal daftar anak tanpa dokumen pengenalan.
  • Lelaki itu datang tanpa MyKid, sijil lahir atau buku rekod dan tetap mendesak didaftarkan.
  • Hospital jelaskan setiap pesakit wajib bawa dokumen pengenalan diri semasa pendaftaran.
  • Jika tiada dokumen, caj RM100 dikenakan tetapi salinan gambar masih diterima.
  • Netizen setuju dengan tindakan hospital dan ingatkan pentingnya simpan dokumen penting.

Menurut petugas itu lagi, bagi pesakit dewasa, hospital boleh menerima dokumen alternatif seperti lesen memandu atau kad pesara.

"Walaupun ada dua dokumen ini, namun maklumat pengenalan tetap akan disemak semula.

"Biasanya, pesakit tetap akan didaftarkan, tapi dengan cop ‘tanpa pengenalan diri,” katanya.

Reaksi warga mayaReaksi warga maya

Insiden itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang mengingatkan orang ramai supaya menyimpan salinan dokumen penting bagi mengelak kesulitan.

"Kadang geram juga takkan tak boleh fikir, apa-apa urusan nak kena daftar dan bila daftar memerlukan benda-benda tu semua.

"Benda biasa yang kita akan jumpa. Datang memang tak bawa apa-apa. Daftar mulut je.

"Saya yang staf hospital sendiri bawa anak tercungap pun tetap kena daftar dengan dokumen lengkap," katanya.

Artikel Lain