suria

“Senang nak ajar anak” - Wanita miliki sarjana kejuruteraan pilih jadi suri rumah, puas hati cita-cita sejak sekolah tercapai

Suri rumah juga perlu mempunyai ilmu dalam menguruskan rumah tangga. -Gambar hiasan AI

KEBIASAANNYA murid-murid di bangku sekolah akan memberitahu mereka bercita-cita untuk menjadi doktor, polis atau cikgu apabila dewasa kelak.

Namun berbeza bagi seorang pelajar perempuan yang tanpa ragu menjawab cita-citanya hanyalah satu iaitu ingin menjadi suri rumah.

Mengimbas tentang perihal di zaman persekolahan, seorang wanita berkata dia mempunyai rakan yang konsisten dengan cita-cita ingin menjadi suri rumah.

Tugas suri rumah bermula sebaik mereka membuka mata dari tidur hingga ke malam. -Gambar hiasanugas suri rumah bermula sebaik mereka membuka mata dari tidur hingga ke malam. -Gambar hiasan

“Setiap kali cikgu tanya cita-cita, dia mesti jawab nak jadi suri rumah. Cikgu cakap itu bukan pekerjaan, tapi dia jawab... tapi ini cita-cita saya.

"Setiap tahun daripada tingkatan satu hingga tingkatan tiga jawapan dia sama. Tingkatan empat dia masuk Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)," kata wanita itu. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Suri rumah pun layak penat!” - Wanita naik meluat stigma perlekeh tugas isteri tak berkerjaya

ARTIKEL BERKAITAN: Suri rumah dedah 'rahsia' zaman kanak-kanak... Cemburu tengok rakan cantik, terurus dijaga ibu tak bekerja

Ujarnya lagi, walaupun jawapan berkenaan kedengaran pelik bagi sesetengah orang, rakannya itu merupakan pelajar pintar dan kemudiannya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan.

  • Seorang wanita berkongsi kisah rakan sekolahnya yang sejak kecil bercita-cita menjadi suri rumah.
  • Walaupun dianggap bukan pekerjaan, pelajar pintar itu kekal dengan cita-cita sama hingga masuk MRSM.
  • Selepas menamatkan ijazah dan sarjana kejuruteraan, dia akhirnya menjadi suri rumah seperti diimpikan.
  • Katanya, suri rumah juga perlu berilmu untuk mendidik anak-anak dengan baik.
  • Kisah itu tular kerana dianggap bukti kejayaan tidak semestinya melalui kerjaya besar.

"Fast forward lepas dia habis ijazah dia sambung buat sarjana pula. Lepas tu dia kahwin dan tercapai cita-cita utk jadi suri rumah.

"Saya pernah berseloroh tanya dia apa guna degree engineering dan masters dia tu, dia jawab... untuk jadi suri rumah perlu berilmu. Senang nak ajar anak-anak

"Jadi saya rasa untuk ada cita-cita itu penting. Walaupun cita-cita dia rare," katanya.

Reaksi netizenReaksi netizen

Perkongsian itu menarik perhatian ramai yang menyifatkan wanita berkenaan sebagai contoh bahawa kejayaan tidak semestinya diukur melalui kerjaya.

"Itulah juga cita-cita saya, tapi orang gelak. Belajar tinggi tapi ilmu tak dimanfaatkan. Walhal hutang belajar pun saya tiada. Salahkah cita-cita tu walaupun ada ijazah?

"Seorang anak murid saya sama juga. Tiap tahun cakap benda sama. Sekarang suri rumah ada degree in engineering. Dia kata dia nak didik anak-anak dia.

"Nak jadi suri rumah dan ibu pun perlukan ilmu. Sangat beza anak yang dibesarkan oleh ibu yang berpendidikan dengan tidak," katanya.

Artikel Lain