SEORANG wanita berkongsi kenangan lucu ketika berkunjung ke 'rumah hantu' di sebuah taman tema apabila dua gadis yang ketakutan bertindak memegang tangan suaminya secara spontan.
Menurutnya, kejadian itu berlaku ketika dia bersama suami dan rakan mereka memasuki rumah hantu di taman tema tersebut.
Katanya, dalam suasana gelap secara tiba-tiba mereka didatangi dua gadis yang dalam keadaan ketakutan.
Sikap terlalu cemburu boleh merosakkan sesebuah hubungan. -Gambar hiasan AI
"Tiba-tiba dua budak perempuan auto pegang tangan suami saya sambil menangis macam histeria sebab takut hantu.
"Suami saya terpinga-pinga dan cepat-cepat nak lepaskan tangan mereka," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Isteri bagi jawapan 'padu', suami tak jadi kahwin lain atas alasan mahu anak perempuan! Netizen syak dulu ponteng kelas Sains
ARTIKEL BERKAITAN: Mengadu gatal di paha, tiba-tiba londeh seluar! Doktor wanita naik angin diganggu lelaki gersang - “Bodoh, kurang ajar punya pesakit”
Menurut wanita itu, dia sendiri yang menenangkan situasi dengan menyuruh gadis berkenaan terus berpegang jika takut.
"Saya pun cakap, peganglah dik kalau takut, akak pun takut juga ni.
"Lepas tu budak tu terus pegang baju suami saya sampai keluar gua hantu tu," katanya.
Selepas keluar, suaminya hairan dengan tindakannya yang membenarkan dua gadis tersebut memegang tangannya dan langsung tidak berasa cemburu.
- Dua gadis ketakutan di rumah hantu tiba-tiba pegang tangan suami wanita itu.
- Suami terpinga cuba lepaskan, tapi isterinya suruh terus berpegang.
- Keluar saja, suami berseloroh panggil isterinya tolol.
- Wanita itu faham reaksi panik gadis berkenaan kerana rumah hantu sangat seram.
- Netizen terhibur dan kongsi pengalaman lucu masing-masing.
"Keluar je laki saya cakap, abang ni dapat bini pun tolol. Geleng kepala dia.
"Dia cakap sepatutnya kena tarik dia, biar je la budak tu... sapa suruh gedik masuk dah tahu penakut. Ini saya pula izinkan," katanya.
Wanita itu bagaimanapun berkata, dia memahami perasaan panik gadis-gadis tersebut.
"Rumah hantu tu memang seram. Saya pun takut sebenarnya, jadi saya faham sangat kenapa mereka tu terkejut," katanya.
Reaksi netizen terhadap perkongsian berkenaan.
Perkongsian tersebut mengundang rasa lucu dalam kalangan netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing berdepan situasi cemas dan lucu di rumah hantu.
"Saya pernah pitam dalam tu pasal terkejut zombi yang tiba-tiba depan batang hidung. Pastu zombi tu nak tolong, kita buka mata nampak dia dulu. Sambung jerit la.
"Mak saya pernah masuk rumah hantu tak sempat jerit hantu tu sergah dia terus kena penampar hantu tu, tak jadi seram dah," katanya.


