suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mahu hidup berdamai, Anes Ayunie harap bekas suami capai kata sepakat... “Saya rasa tak adil”

USAHAWAN Anes Ayunie meluahkan rasa kesal apabila sehingga kini masih belum menemui kata sepakat dengan bekas suaminya, Ahmad Weldan, terutama dalam soal saling menjaga nama baik masing-masing di media sosial.

Menurut Ayunie atau Anes Ayunie Osman, 24, sebagai ibu kepada anak mereka, dia berharap bekas suaminya itu dapat menjaga perasaan serta melindunginya daripada kecaman netizen.

“Kalaulah dapat jumpa kata sepakat antara saya dengan dia, contohnya saling melindungi antara satu sama lain.

“Saya pun ibu kepada anak dia. Jadi, apabila dia muat naik kandungan bersama anak, ramai netizen cuba membandingkan dan mengata saya.

“Dalam situasi itu, saya rasa dia patut lindungi saya sebagai ibu kepada anak dia. Saya cuba nak lindungi dia, tetapi saya rasa perkara itu tidak adil,” katanya.

Berkongsi lanjut, Ayunie berkata hubungan antara dirinya dengan keluarga bekas suami kini juga sudah kembali baik selepas mereka mencapai kata sepakat.

Malah, bekas abang iparnya yang juga usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli, turut cuba meredakan keadaan sekiranya dia menerima kecaman daripada netizen di media sosial.

Untuk rekod, Ayunie mendirikan rumah tangga dengan Weldan pada Februari 2021 sebelum mereka sah bercerai pada November 2023.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aurellea Maryam.

Ayunie kemudian kembali bergelar isteri selepas berkahwin dengan usahawan Amirul Hakim pada Mac 2024 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi