suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wajah dan suara seiras Adi Putra, lelaki ini terkejut ramai ajak bergambar... Dah jumpa ‘kembar’ minta nasihat

GARA-GARA memiliki wajah seiras pelakon Datuk Adi Putra, lelaki dikenali Ridwan ini tidak menyangka dirinya menjadi perhatian khususnya dalam kalangan pengguna TikTok.

Bukan saja memiliki wajah yang sama, namun Ridwan atau Mohd Ridwan Mohamad Suyuti, 34, berkata ramai mendakwa suaranya juga seakan-akan pelakon berkenaan.

“Saya pernah libatkan diri dalam indutri hiburan sebagai pelakon sampingan pada tahun 2017, kemudian pernah tular dulu 2017 dan ramai cakap wajah saya persis Datuk Adi Putra ketika muda.

“Pada ketika itu ramai yang tag Datuk Adi Putra dekat Instagram dan tak sangka Datuk siap mesej saya ajak berjumpa disebabkan tular wajah sama ni.

“Saya tak sangka kejadian ini berulang kembali sebab saya baru saja buat akaun TikTok dan ramai pula yang perasaan,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi