suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chacha Maembong marah nampak abang ditolak hingga terjatuh, terkejut sanggup layan orang OKU macam tu

PELAKON Chacha Maembong meluahkan rasa sedih dan terkilan apabila melihat golongan orang kurang upaya (OKU) masih berdepan layanan berbeza dalam masyarakat.

Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail berkata, isu berkenaan cukup dekat di hatinya memandangkan dia mempunyai seorang abang, Ahmad Bakti, yang juga OKU.

Malah, dia sendiri pernah menyaksikan insiden yang membuatkan hatinya tersentuh apabila abangnya diperlakukan dengan cara tidak sepatutnya.

"Perkara ini memberi kesan kerana saya mempunyai seorang abang yang juga OKU. Saya tahu bagaimana perasaan abang saya. Walaupun dia OKU, dia mahu dilayan seperti manusia biasa, tetapi hakikatnya perkara itu tidak selalu berlaku.

"Saya pernah melihat dengan mata kepala bagaimana abang saya diperlakukan sedemikian ketika dia hendak membuka pintu, ada individu yang menolaknya sehingga dia terjatuh. Perkara-perkara seperti itu membuatkan saya marah. Saya cuma mahu katakan bahawa tiada siapa yang sempurna. Tidak salah untuk kita membantu mereka yang memerlukan bantuan.

"Mungkin sekarang kita berasa sihat dan sempurna, tetapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jadi, selagi kita diberikan kesihatan, bersyukurlah dan bantulah mereka yang memerlukan. Abang saya tidak pernah menunjukkan perasaan buatlah macam-macam kepadanya, tetapi dia tetap okey dan kami yang melihat keadaan itu rasa sakit hati," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi