suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syukur! Rezeki Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad tak putus-putus, kecohkan pentas Gegar Vaganza Fantasia

PENGACARA Gegar Vaganza Fantasia, Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad mengakui tidak mampu mengulas lebih lanjut sekiranya insiden membabitkan pengurangan jumlah pengacara daripada tiga kepada dua orang berulang kembali.

Nabil atau Ahmad Nabil Ahmad, 43, berkata perkara itu sukar untuk diperkatakan, namun dia sempat berseloroh mengenai kemungkinan Jihan Muse hamil lagi.

"Tak tahu, kalau Jihan mengandung lagi, tak boleh nak cakap," katanya secara berseloroh.

Untuk rekod, pada musim ke-10 menerusi All Stars Gegar Vaganza, Nabil bergandingan dengan Jihan dan Elly Mazlein sebagai pengacara.

Bagaimanapun, selepas minggu ketiga pertandingan, Elly mengambil keputusan untuk menarik diri atas sebab peribadi.

Susulan itu, tugas mengendalikan program berkenaan diteruskan oleh Nabil dan Jihan sebagai pengacara.

Dalam pada itu, Nabil meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan peluang dan kepercayaan untuk mengendalikan program berkenaan.

"Saya bersyukur masih diberi peluang. Insya-Allah, daripada rasa syukur itu, ada sahaja kebaikan yang kita akan dapat.

"Usaha kami di atas pentas pun tidak lain tidak bukan adalah untuk menghiburkan, bukan sahaja penonton, malah peserta juga," ujarnya.

TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

 



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi