suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] Tok Ram terpaksa lupakan snuker akibat ‘slip disc‘, elak dukung anak... “Bahaya untuk saya”

MAESTRO muzik, Datuk Ramli MS terpaksa melupakan sukan kegemarannya iaitu snuker selepas dinasihatkan doktor supaya tidak lagi melakukan aktiviti berkenaan susulan masalah cakera teranjak (slip disc).

Ramli atau mesra disapa Tok Ram, 67, berkata, dia akur dengan nasihat doktor untuk tidak bermain snuker selepas menjalani pembedahan bagi merawat masalah tulang belakang itu pada Ogos lalu.

Menurutnya, dia menghadiri sebuah acara snuker baru-baru ini bukan untuk bermain, sebaliknya memenuhi komitmen sebagai individu yang terlibat dengan tajaan acara itu.

Tok Ram akur tidak boleh bermain snuker lagi.

"Saya sudah tidak boleh main snuker lagi sebab belakang badan sakit. Tapi saya hadir di sebuah acara snuker baru-baru ini adalah sebab tajaan. Penaja letak muka saya di acara tersebut.

"Saya sebenarnya sudah selesai menjalani pembedahan slip disc. Doktor nasihatkan saya berhenti main snuker kerana apabila menunduk, beban badan perlu ditampung. Bahaya untuk saya," katanya.

Dalam pada itu, Ramli memberitahu keadaannya kini semakin pulih selepas menjalani pembedahan berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS minat main snuker, ada persamaan dengan muzik... Mahu jalani hidup tanpa fikir masalah

ARTIKEL BERKAITAN: Ramli MS mahu lahirkan ‘anak monster’ di UiTM, beri amaran awal kepada pelajar selepas dilantik sebagai Profesor Adjung

Bagaimanapun, dia masih perlu berhati-hati dan mengehadkan pergerakan bagi mengelakkan masalah kesihatan itu kembali berulang.

Jelasnya, pergerakannya juga masih sedikit terbatas apabila dia tidak digalakkan mengangkat barang berat atau berjalan laju seperti kebiasaannya.

"Saya masih boleh memandu, cuma kalau berdiri lama perlu jaga-jaga juga. Keadaan sekarang lebih baik berbanding dulu sebelum pembedahan.

Tok Ram sudah semakin stabil.

"Saya juga sekarang tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Kalau berjalan pun tidak boleh laju. Buat masa ini, saya elak mendukung anak, lebih-lebih lagi anak saya sekarang tengah lasak dan berat," kongsinya.

Sebelum ini, Ramli aktif bermain snuker, malah pernah menyertai beberapa pertandingan dan bergelar juara.

Mengulas minatnya terhadap sukan itu, Ramli berkata, dia tertarik dengan snuker kerana melihat persamaan antara sukan berkenaan dengan bidang muzik yang diceburinya.

Artikel Lain