PASANGAN selebriti, Neelofa dan PU Riz menerima kecaman susulan pembatalan acara keagamaan anjuran mereka yang dijadualkan berlangsung esok di Rimbunan @ Forest City Golf Hotel, Johor.Kontroversi tercetus apabila peserta mendakwa tidak ditawarkan pemulangan wang tiket berikutan pembatalan acara itu. Sebaliknya, mereka diberikan beberapa pilihan penebusan dalam bentuk barangan seperti tiket TGV, pakaian dan kredit kedai.Antara luahan netizen berkenaan isu pembatalan acara.Rata-rata netizen tidak berpuas hati dan mendesak pihak penganjur memulangkan wang tiket dalam bentuk bayaran tunai, bukannya menggantikan dengan barangan.Mereka turut mempersoalkan alasan pembatalan acara tersebut, memandangkan ia dijadualkan berlangsung di kawasan tertutup.Malah, ada juga yang menyarankan peserta membuat laporan kepada pihak berkuasa jika tidak berpuas hati dengan kaedah penyelesaian yang ditawarkan.ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa, PU Riz dikecam kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama... “RM850 seorang, ilmu apalah yang diajar”ARTIKEL BERKAITAN: [V] Neelofa, PU Riz jawab isu kenakan bayaran tinggi untuk kelas agama… “Kami buat di hotel lima bintang, makan pun sedap”“Betul ke acara batal dan tak boleh dapat bayaran semula? Saya dan rakan-rakan memilih untuk pembayaran balik dan tidak mahu memilih tiga pilihan yang pihak Nunha berikan.“Akad jual beli pun kena ada persetujuan daripada kedua-dua pihak. Mana boleh bagi pilihan yang sebelah pihak tak setuju. Orang agama tak akan tak tahu benda ini.“Alasan jerebu padahal tak dapat sambutan? Siapa yang sertai itu boleh laporkan pada tribunal pengguna. Lain kali jangan taksub sangat dengan geng-geng ini,” antara komen netizen.Antara pilihan penukaran tiket penyertaan.Menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial, pihak penganjur memaklumkan keputusan membatalkan acara itu dibuat selepas mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan susulan keadaan jerebu serta bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang meningkat.“Kami dengan tulus ikhlas memohon maaf atas segala kesulitan, kekecewaan dan kebimbangan yang timbul susulan situasi ini, khususnya kepada mereka yang telah membuat persiapan untuk menghadiri acara berkenaan.“Kami memandang serius perkara ini dan komited untuk memastikan semua pemegang tiket yang terjejas menerima bantuan serta sokongan sewajarnya.Neelofa dan Hariz masih belum memberi sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan.“Pasukan kami telah mula menghubungi pemegang tiket bagi memaklumkan mengenai kaedah penebusan dan pilihan pertukaran yang tersedia.“Kami amat menghargai kesabaran, pemahaman serta sokongan berterusan anda sepanjang kami berusaha menyelesaikan perkara ini dengan penuh tanggungjawab,” menurut kenyataan tersebut.Difahamkan, harga tiket bagi acara berkenaan ditawarkan pada harga antara RM150 hingga RM499.