suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adi jawab salah faham, hanya berehat bukan undur diri - “Tak cakap tinggalkan 6ixth Sense“

Adi yakin nama 6ixth Sense akan terus diingati peminat.

PENGUMUMAN penyanyi Adi Priyo tentang konsert terakhir bersama kumpulan 6ixth Sense bukan bermakna dia dan anggota yang lain bakal membawa haluan masing-masing.

Sebaliknya, kata Adi, 43, dia hanya mahu berehat daripada terus membawa nama 6ixth Sense untuk fokus kepada beberapa projek lain termasuk bersama kumpulan Venus yang menampilkannya sebagai salah seorang anggota.

"Saya tak cakap tinggalkan 6ixth Sense, cuma ambil masa hiatus atau rehat. Mungkin untuk tempoh masa agak panjang kali ini.

Adi terpaksa melepaskan seketika komitmen bersama 6ixth Sense. 

"Saya ada banyak komitmen lain. Ada projek solo dan ada juga projek berkumpulan. Apabila banyak buat lagu, tak sedar perjalanan solo dan Venus tertangguh. Jadi saya kena utamakan itu dahulu.

"Bagaimanapun, kumpulan 6ixth Sense tetap ada dan jenama itu sudah lama bertahan sejak 20 tahun," katanya ketika dihubungi mStar.

Adi sebelum ini mengumumkan bakal tampil buat kali terakhir bersama 6ixth Sense dalam penganjuran Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu yang bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 23 Januari 2027.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluar lagu solo bukan sebab band berpecah - Adi 6ixth Sense 

ARTIKEL BERKAITAN: Sixth Sense masih relevan walau banyak band baharu muncul, jawab dakwaan sudah tidak sehaluan

Bercakap lanjut tentang tempoh rehat, penyanyi ini juga memberitahu dia terbuka sekiranya rakan-rakan anggota lain mahu mencari vokalis pengganti untuk mana-mana persembahan akan datang.

Dia dalam masa sama menegaskan keputusan tersebut dibuat selepas mendapat persetujuan bersama dan bukan disebabkan berlaku salah faham dalam kumpulan.

"Mereka juga tahu saya sibuk dengan beberapa projek lain. Mereka juga ada komitmen masing-masing. Jadi saya sudah maklumkan kepada mereka lebih awal untuk ambil tempoh hiatus.

Kumpulan 6ixth Sense tetap ada dan jenama itu sudah lama bertahan sejak 20 tahun

ADI PRIYO

VOKALIS 6IXTH SENSE

"Saya juga ada cadangkan untuk mereka bergandingan dengan penyanyi lain untuk tawaran persembahan. Jika featuring artis lain, mungkin boleh beri kelainan.

"Namun, untuk tukar vokalis tidak mungkin. Belum terfikir lagi untuk ganti anggota baharu. Nama dan anggota 6ixth Sense itu sudah cukup melekat di hati peminat," jelasnya.

6ixth Sense dianggotai oleh Athan (kiri), Gjie, Adi, Wan dan Ayoy. 

Biarpun memberi fokus kepada karya solo dan bersama sebuah kumpulan lain, Adi sentiasa memastikan nama dan lagu-lagu 6ixth Sense kekal mendapat tempat di hati peminat.

"Saya ada rancang projek solo untuk menyanyikan lagu-lagu 6ixth Sense bersama penyanyi lain. Jadi, tak rasa lagu-lagu kami akan dilupakan.

"Cuma buat masa sekarang, saya boleh katakan keutamaan saya adalah projek solo dan bersama kumpulan lain," jelasnya.

Artikel Lain