suria

Sixth Sense masih relevan walau banyak band baharu muncul, jawab dakwaan sudah tidak sehaluan

NAFI wujudnya pergolakan sesama ahli kumpulan Sixth Sense, salah seorang anggotanya iaitu Gjie berkata isu itu hanyalah perselisihan faham kecil sahaja.

Kata Gjie atau Mohd Faiz Azizi, dia selaku gitaris utama hanya berehat sekejap kerana mempunyai komitmen lain yang perlu diutamakan.

“Sebenarnya saya berehat kejap sebab ada komitmen lain jadi kumpulan gantikan dengan gitaris lain.

“Tiada perseilishan faham dan kami sekumpulan okay sahaja,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu,vokalis kumpulan itu iaitu Adi Priyo sangat yakin dengan konsep dibawakan Sixth Sense untuk terus kekal relevan dalam industri.

“Saya rasa kami masih sangat relevan, kami yakin sebab konsep yang kami ketengahkan menjadi.

“Gig pertama kami jualannya habis dan kami terkejut serta anggap masih ada lagi peminat ixth Sense.

“Lepastu kami buat konsert dua hari dan besar sedikit pun sold out, maksudnya Sixth Sense masih relevan,” ujarnya.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

Semua
Hiburan
Berita
Variasi