suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khir Rahman rehat sertai program komedi, risau penonton bosan lawak sama

PELAKON dan pengarah Khir Rahman memberitahu dia ingin berehat sebentar daripada menyertai mana-mana program komedi buat masa ini.

Khir atau nama sebenarnya Khairulizam Abdul Rahman, 53, berkata ini kerana dia mahu memberikan tumpuan kepada bidang pengarahan dan pembikinan filem terbarunya.

"Saya tidak pernah meninggalkannya tapi saya cuma menunggu masa yang sesuai untuk kembali sebab saya lebih suka menghasilkan sesuatu yang benar-benar meninggalkan kesan mungkin akan melakukannya lagi, cuma sekarang saya mencari bahan yang bagus serta idea yang relevan dengan masyarakat dan generasi sekarang.

"Saya rasa cukuplah buat masa ini sebab sebelum ini saya sudah menyertai tiga program atau pengalaman komedi, termasuk Maharaja Lawakdan Muzikal Lawak.  Saya rasa setakat ini cukup la kerana komedi bukanlah titik permulaan kerjaya saya tapi cabang lain dalam kerja seni saya.

"Mungkin tahun depan saya akan kembali tapi buat masa ini saya mahu menyiapkan beberapa kerja yang sedang saya tumpukan, khususnya dalam pembikinan filem," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI

 





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi