suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teruja pertama kali jejak kaki di Alor Setar! Singgah Muzium Padi, makan laksa dan ‘selfie’ di Pekan Cina

PENGEMBARAAN misi Bucket List kali ini diteruskan di Alor Setar, Kedah.

Pertama kali menjejakkan kaki di ibu negeri Kedah ini pastinya meninggalkan kenangan cukup indah buat pengunjung.

Kedah memiliki banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi oleh pelancong.

Antara lokasi yang wajib berada dalam senarai kunjungan ialah Muzium Padi, Muzium Negeri Kedah dan Rumah Merdeka.

Bagi pencinta makanan, tak sah kalau tak singgah di restoran laksa terkenal iaitu Laksa Zakaria Teluk Kechai.

Untuk mereka yang gemar merakamkan momen menarik berlatar belakangkan bangunan warisan, Pekan Cina dan Jeti Pekan Cina merupakan lokasi harus dikunjungi.

Rasa tak puas seharian di Alor Setar kerana bandar ini mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati.

Untuk anda yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenai aktiviti pelancongan dan lokasi menarik untuk dikunjungi bolehlah layari laman web Tourism Malaysia.

TONTON VIDEO PENUH DISEDIAKAN MSTAR INI

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi