suria

[VIDEO] Bukan hanya untuk B40, semua golongan pun serbu Mydin! Ada diskaun hebat sempena ulang tahun ke-65

SEBUT saja Mydin, perkara pertama yang melekat di fikiran kita tentunya harga borong.

Jadi tidak hairanlah selepas 65 tahun penubuhannya, Mydin terus menjadi antara pasar raya utama pilihan orang ramai untuk membeli barangan keperluan.

Bagi Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, pasar raya itu komited untuk meringankan beban masyarakat tanpa mengira lapisan dan latar belakang.

“Walaupun kami menumpukan perniagaan kepada mereka yang berpendapatan rendah atau B40, namun kini semua golongan memilih untuk mendapatkan barangan keperluan mereka di Mydin.

file7mcxxnyrahd161pt4jfa (1)

Datuk Ameer Ali Mydin berucap ketika majlis sambutan ulang tahun ke-65 pasar raya besar itu.

“Tidak kiralah lapisan umur, status dan bangsa. Daripada situlah tercetusnya tema sambutan tahun ini, Mydin 65 tahun ‘Bersama Keluarga Malaysia’,” katanya.

Lebih istimewa sempena sambutan ulang tahun Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) yang ke-65 ini, ia dimeriahkan dengan penganjuran Kempen Beli Barangan Malaysia.

Kata Ameer, kempen ini membuktikan komitmen pasar raya besar itu untuk meringankan beban masyarakat dalam situasi ekonomi hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Sambut ulang tahun ke-65, Mydin lancar kempen tawar diskaun tak masuk akal mahu ringankan beban rakyat

"Kami sedia maklum dengan kesusahan dan cabaran yang dihadapi rakyat akibat kenaikan harga barangan yang berlaku secara global. Justeru itu, sepanjang tempoh tiga bulan bermula hari ini, Mydin akan memberi diskaun hebat dan istimewa buat 'Keluarga Malaysia'.

"Sepanjang tempoh ini pelbagai barangan asas akan dijual dengan harga yang amat berpatutan dan mampu milik oleh setiap golongan masyarakat.

file7mcvd9d667nx4mnljfa

Sambutan ulang tahun ke-65 Mydin dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan promosi serta hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1,000,000.

"Saya berharap usaha-usaha yang dirangka ini dapat membantu meringankan perbelanjaan 'Keluarga Malaysia' dan memberi mereka lebih banyak pilihan untuk berbelanja secara berhemah," ujarnya.

Terdahulu, majlis sambutan ulang tahun Mydin ke-65 'Bersama Keluarga Malaysia' dan pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia dilancarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid, bertempat di Mydin Seremban 2, Negeri Sembilan pada Khamis.

Melalui kempen yang bermula 18 Ogos hingga 30 Oktober depan, pelbagai aktiviti dan promosi dirangka oleh Mydin termasuk tawaran hadiah keseluruhan bernilai lebih RM1,000,000.

Kempen ini mendapat kerjasama 84 jenama terdiri daripada rakan strategik dan pembekal Mydin, antaranya KPDNHEP melalui Kempen Beli Barangan Malaysia, MyDebit, Atome, PnG, Shopee, Boost dan banyak lagi.

Menerusi kerjasama dengan KPDNHEP yang diadakan seiring bulan Kemerdekaan, Mydin turut memberi peluang kepada usahawan baharu untuk memperkenalkan produk mereka melalui peraduan Pitch To Win.

KEMPEN BELI BARANGAN MALAYSIA

Mydin komited dalam membantu rakyat Malaysia yang terbeban dalam situasi ekonomi hari ini.

Tiga pemenang Pitch To Win menerima pakej pemasaran bernilai lebih RM100,000 dan berpeluang memasarkan produk mereka di seluruh cawangan Mydin.

Selain itu, Mydin turut menganjurkan seminar keusahawanan 'Bersama Kita Bangkit' dengan pakar-pakar industri bagi memberi pendedahan kepada usahawan baharu dalam menguruskan dan memasarkan jenama mereka.

Ayuh ramai-ramai meriahkan Kempen Mydin 65 Tahun 'Bersama Keluarga Malaysia' dan Kempen Beli Barangan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman sesawang Mydin Malaysia.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain