suria

Kagum semangat pemuda ini harumkan nama negara, pekak dan bisu bukan penghalang

KECACATAN dan kekurangan deria pendengaran dan pertuturan pada diri bukanlah alasan untuk tidak boleh berjaya.

Mengakui bukan mudah menjalani kehidupan sebagai insan istimewa, pemuda bernama Mohamad Haziq Danish, 21,  yang juga merupakan atlet paralimpik tenpin boling negara mengisi masa lapang sebagai penghantar makanan sambilan.

Menurut ibunya iaitu iaitu Norazlinah Abari, 49, anaknya itu mempunyai semangat yang tinggi dan tidak memandang kekurangan sebagai penghalang untuk mencapai impian.

“Sekarang ni Haziq berkerja sebagai penghantar makanan sambilan sementara tunggu perlawanan bowling akan datang… jadi pekerjaan ini agak fleksibel.

“Pernah satu fasa tu rasa sedikit ‘down’ terutama bila melibatkan komunikasi sebab bukan semua orang faham kan, tapi syukur sebab tidak semua macam tu kerana ada juga yang prihatin,” kata Norazlinah kepada mStar.

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi atlet para tenpin bowling ini untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan kepadanya.

KPJ Healthcare diwakili Pegawai Perubatan Hospital Pakar KPJ iaitu Dr Syafiruz Afira untuk melihat sendiri keadaan terkini Haziq.

Selain sumbangan wang tunai Rm3,000, Haziq juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia. 

Program mStar Baek Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi