suria

Amyza Aznan kerap ziarah ‘istana’ anak, tak putus ikhtiar rawat kanser Adrian

BUKAN mudah menerima takdir kehilangan orang tersayang.

Itulah yang dirasai oleh pelakon Amyza Aznan yang kini menanggung rindu terhadap anak sulungnya iaitu Andre Mikhail yang menghembuskan nafas terakhir pada 23 Februari lalu akibat kanser paru-paru.

Belum pun reda pedih atas kehilangan itu, Amyza, 50, sekali lagi diuji apabila anak keduanya pula iaitu Adrian Adam, 18, disahkan menghidap kanser tulang.

Belum cukup kuat untuk menerima kenyataan pemergian anak sulung, kini pelakon itu perlu bangkit melawan kesedihan demi kesihatan anak kedua pula selain suami,  Khairil Idzhar Md Nazir mengidap penyakit buah pinggang yang menuntut dia menjalani dialisis tiga kali seminggu

“Hati ibu mana yang tak sedih bila lihat keadaan anak macam ini, saya cuba untuk kuat sebab saya sangat rapat dengan anak-anak jadi bila pemergian ini memang saya sukar nak gambarkan.

“Saya macam tak percaya sebab selepas anak pertama pergi, kini anak kedua pula disahkan sakit kanser tulang, memang saya jarang kongsikan sebelum ini sebab tidak mahu meraih simpati orang ramai,” katanya yang turut sedih apabila suami juga diuji dengan kesakitan.  

Untuk segmen mStar Baek musim keempat ini, mStar bersama KPJ Healthcare menziarahi pelakon itu untuk bertanya khabar dan menghulurkan sumbangan kepada Adrian Adam.

KPJ Healthcare diwakili Pengurus Jenama dan Tanggungjawab Sosial Korporat, iaitu Zatul Hidayah turun padang menziarahi mereka terutama untuk melihat keadaan Adrian.

Selain sumbangan wang tunai RM3,000, Adrian juga diberikan kad rawatan bagi melayakkannya dan keluarga mendapatkan rawatan percuma di mana-mana Klinik Waqaf An Nur di seluruh Malaysia.

Orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan boleh berkunjung di Klinik Waqaf An Nur antaranya di Ijok, Bukit Indah Ampang, Sungai Buloh dan USJ 9.

Program mStar Baek Jalinan Kasih Prihatin ini bersiaran di semua platform mStar setiap hari Khamis.

TONTON VIDEO PENUH MSTAR BAEK X KPJ INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi