Misi rank untuk Marvel Super War, Ant-Man mampu bertukar jadi semut atau belalang?

BAGI peminat permainan dalam talian untuk kategori Multiplayer online battle arena (MOBA), kedudukan ranking sangat penting bagi mempamerkan prestasi seseorang pemain.

Dalam masa sama, pemain yang berada di rank tinggi akan mendapat hadiah daripada pihak pemaju antaranya hero istimewa atau skin khas rank bagi setiap musim.

Untuk Marvel Super War, terdapat dua bahagian rank iaitu untuk kelas rendah adalah Mighty Iron, Fealess Bronze, Superior Silver, Immortal Gold dan Magnificent Platinum.

Bagi kelas atasan pula ialah Unbeatable Diamond, Invincible Hero, Legendary Master dan Supreme Legendary Master.

Jumlah bintang tidak akan ditolak jika anda berada di kelas rendah tetapi kiraan markah untuk penolakannya akan bermula apabila anda memasuki Immortal Gold keempat.

Dalam Game Over kali ini, Bora bermain Marvel Super War bagi rank Immortal Gold dengan menggunakan Ant-Man.

Marvel Super War
Semua
Hiburan
Berita
Variasi