suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Payish gembira Fazley Yaakob bakal kahwin lagi, anak sulung penyanyi itu antara individu terawal tahu perancangan lamaran guna dron

ANAK sulung Datuk Fazley Yaakob, Payish meluahkan rasa gembira dan bersyukur apabila mengetahui bapanya bakal mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Menurut Payish atau Ahmad Fariedz Shah, 17, perkara paling penting adalah untuk memastikan adik-beradik serta ahli keluarga lain selesa menerima kehadiran isteri baharu bapanya.

Payish turut menyifatkan Vida sebagai seorang wanita yang penyayang, kuat pegangan agama dan pemurah.

"Overall, saya rasa very happy, very satisfied sebab saya nak mereka bahagia, saya mahu mama Vida bahagia yang paling penting, Cik B pun terima dan adik-adik saya semua selesa dengan dia.

"Saya boleh nampak yang Vida memang bagi banyak kasih sayang kepada Dida (panggilan manja Fazley), saya boleh nampak dia punya agama pun kuat. Memang setiap hari Mama Vida solat.

"Dia juga sangat baik hati dan suka memberi. Kalau nampak orang perlukan sesuatu, dia akan bagi duit, baju atau hadiah," katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI





Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi