suria

Pak Ya menangis kenang memori kumpulan Sepah… minta Jep, Shuib dan Mamat jangan bermasam muka lagi

PELAWAK Ilya Buang berharap konflik berpanjangan membabitkan anggota kumpulan Sepah yang pernah dianggotai Jep, Shuib dan Mamat dapat diselesaikan secara baik. 

Ilya atau mesra panggilan Pak Ya, 59, mengakui sedih melihat hubungan antara mereka menjadi renggang memandangkan dia antara individu terawal yang mengikuti perjalanan kumpulan tersebut sehingga dikenali ramai. 

“Saya jumpa mereka masa mereka belum ada apa-apa lagi, baru nak naik. Banyak juga saya tolong di belakang tabir.

“Tapi bila jadi macam ini, saya rasa usaha saya macam sia-sia. Namun semua orang ada salah silap,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Pak Ya turut menasihatkan kepada semua anggota kumpulan Sepah supaya menurunkan ego dan melupakan perkara lama bagi menjernihkan kembali hubungan.

“Buang yang keruh, ambil yang jernih. Hidup kita pun tak lama, masing-masing tak tahu bila akan sampai penghujungnya.

“Mungkin kita bergaduh sebab kerja atau program tapi bila program sudah tiada, kita kawanlah semula, anggap saja seperti kawan baharu dan jangan ungkit kisah lama,” luahnya.

Dalam perkembangan lain, Pak Ya kini sedang sibuk mempromosikan lagu raya ciptaanya berjudul Jom Balik Raya nyanyian Ebby Yus, Fuad Nasir dan Usop Gahai.

TONTON VIDEO PENUH TEMU BUAL DISEDIAKAN MSTAR INI



Video Selebihnya

Semua
Hiburan
Berita
Variasi