suria

[V] Pelakon drama Nur, suami direman tiga hari kes tipu tanah RM1.5 juta… “Tulis apa yang betul ya”

MAHKAMAH Majistret Seremban membenarkan tahanan reman selama tiga hari terhadap pelakon wanita bersama suaminya bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah membabitkan kerugian RM1.5 juta pada Khamis.

Ketika ditemui pihak media, aktres yang pernah membintangi drama Nur itu turut menyapa wartawan agar menyampai sesuatu yang benar mengenai dirinya.

"Nanti tulis apa yang betul ya.  Tak sahih cerita jangan tulis. Terima kasih," katanya memetik laporan Harian Metro.

Polis terima laporan daripada seorang lelaki yang didakwa tertipu oleh pasangan berkenaan.

Susulan itu, Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah membenarkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

"Polis juga meminta ruang siasatan yang telus dapat dijalankan dan orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu siasatan dengan mengeluarkan kenyataan di media sosial," katanya.

Sebelum ini, aktres berkenaan bersama suami ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, pada Rabu.

Pada 3 Mac lalu, media melaporkan seorang lelaki tampil membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang pelakon wanita dan suaminya sehingga mengalami kerugian RM1.5 juta.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon wanita bawa lari RM1.5 juta, disyaki tipu jual tanah tak wujud

ARTIKEL BERKAITAN: Nama Azar Azmi kena petik, didakwa scam RM300,000… Ramai mangsa tengah cari

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim, berkata laporan itu dibuat selepas aktres terbabit didakwa melakukan penipuan berkaitan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor yang tidak wujud.

"Mangsa disyaki ditipu rakannya dalam urusan untuk mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.

"Pengadu menyatakan sebelum ini pada 21 September 2023 ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di Selangor yang terletak di bawah mukim Cheras yang mana sebelum ini dijanjikan akan mendapat tanah berstatus kurniaan kerajaan negeri Selangor.

"Pengadu mula berurusan dengan suspek dan membuat sebanyak beberapa kali transaksi," katanya.

Katanya, suspek memberikan akaun bank bapanya serta akaun bank isterinya bagi menerima bayaran transaksi untuk proses mendapatkan lot tanah yang dijanjikan sebanyak RM1.5 juta.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain