suria

 Nilam Ortiz beri bayangan berpisah…”Saya dan Azlan Komeng sepakat teruskan kehidupan di jalan berbeza” 

Nilam beri bayangan seolah-olah sudah berpisah dengan Azlan Komeng.

USAHAWAN Nur Nilam Ortiz memberi bayangan seakan-akan rumah tangganya dengan suami yang juga pelakon Azlan Komeng sudah berakhir.

Menerusi perkongsian yang dibuat, Nilam memaklumkan mereka sepakat membawa haluan masing-masing demi kebaikan bersama.

"Kami sepakat untuk meneruskan kehidupan di jalan yang berbeza, dengan doa yang baik dan penuh hormat untuk satu sama lain.

Mereka tetap baik meskipun dikatakan sudah berpisah. 

"Saya beritahu bukan untuk membuka cerita lama, tetapi kerana suatu hari nanti mungkin kami masing-masing akan bertemu orang lain dan memulakan fasa baharu," katanya dalam satu hantaran di Tiktok miliknya pada Selasa. 

Dalam pada itu, Nilam turut menyifatkan Azlan sebagai seorang ketua keluarga yang baik dan bertanggungjawab sepanjang tempoh perkahwinan mereka.

"Dia seorang suami yang baik dan ayah yang bertanggungjawab. 

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng, Nilam Ortiz dah dapat anak sulung... Ada sebab rahsiakan kehamilan

ARTIKEL BERKAITAN: Azlan Komeng dan isteri dapat perintah injunksi terhadap Cik Pia, halang sebarang kenyataan fitnah

"Banyak perkara indah yang kami lalui bersama. Cuma takdir membawa kami ke arah berbeza," ujarnya. 

Tambah Nilam, meskipun tidak lagi bersama, mereka tetap komited untuk membesarkan anak sulung yang kini berusia sebulan.

"Kami tetap komited menjadi co-parenting yang baik untuk anak kami tanpa dendam, tanpa memburukkan sesiapa.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata. 

"Ini bukan kegagalan. Ini adalah pembelajaran, kematangan, dan ruang untuk menjadi manusia yang lebih baik," ujarnya. 

Untuk rekod, Nilam dan Azlan mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain