suria

Status FB Tom cetus tanda tanya, tak malu mengaku curang, dedah bakal berpisah dengan Fuad Rahman

Tom (kiri) mendedahkan bakal berpisah dengan Fuad.

TIGA tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Tom mendedahkan dia bakal bercerai dengan suaminya, Fuad Rahman dalam masa terdekat.

Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, mengakui masalah rumah tangga yang berlaku adalah disebabkan kesilapannya sendiri.

“Saya dah nak bercerai dengan Mohamed Fuad (suami) sebab saya yang curang dengan lelaki lain.

Kenyataan Tom sebelum ini mengundang perhatian ramai.

“Nama lelaki itu ialah Apang dan Abang Jidin. Aku besar punya perempuan gatal. Semua ini salah aku,” katanya.

Tom berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di laman Facebook (FB) miliknya pada Jumaat.

Menerusi hantaran sama, Tom turut meminta agar tiada pihak mengganggunya dan memberi ruang privasi kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami okay sahaja” - Tom nafi dakwaan bercerai, tinggal berjauhan hanya sementara... Fuad Rahman beri izin ‘me time’

ARTIKEL BERKAITAN: Tom ada sebab jarang ‘update’ fasal anak tiri, teringin berjumpa bekas isteri Fuad

“Okey, jangan cari-cari aku lagi. Aku nak pergi curang sana sini lagi.

“Siapa yang nak ambil tempat saya, silakan. Kami memang dah nak cerai. Rugi tidak cuba sebab suami saya tidak bersalah. Dia baik,” ujarnya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut sudah dipadam selepas satu jam dimuat naik.

Malah tidak dapat dipastikan sama ada hantaran dimuat naik adalah benar atau sindiran. 

Status rumah tangga Tom (kiri) dan Fuad kembali menjadi bualan netizen.

Sebelum ini, Tom ketika dihubungi mStar memberitahu hubungannya dengan Fuad masih baik meskipun terdapat dakwaan mengatakan rumah tangga mereka sedang bermasalah.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain