suria

Fuad Rahman kecewa Tom buka cerita dalam kain di media sosial, tak fikir fasal status dan anak… “Nak kawan dengan siapa atau surf tak pakai baju pergilah”

Fuad (kanan) mohon hal rumah tangga mereka tidak dikongsi di media sosial.

KONTROVERSI rumah tangga melibatkan Fuad Rahman dan isterinya, Tom terus menjadi perhatian apabila penyanyi itu tampil membalas kenyataan isterinya menerusi ruangan komen di media sosial.

Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 47, meluahkan rasa kecewa apabila isu rumah tangga mereka dikongsikan secara terbuka.

"Aku tak tahu nak cakap apa lagi dengan kau (Tom). Nak selesaikan masalah bukan di media sosial bagi semua orang tahu, kenapa buka aib sendiri. 

"Kita ini public figure, ada anak. Tinggal dah berjauhan boleh tak istighfar. Untuk nak cari lain (pasangan) bukan akulah insya-Allah. Tapi untuk kau rasanya ramai sedang menunggu. 

Fuad (kiri) akui masih sayang Tom.

Fuad (kiri) akui masih sayang Tom.

"Jadi aku tak perlu nak mesej atau telefon orang yang ganggu kau. Sekarang kau nak berkawan dengan siapa pergilah. Nak surf tak pakai baju pun pergilah. Buat apa yang kau rasa baik," katanya. 

Dalam pada itu, Fuad turut mengakui kekurangan diri termasuk sejarah silamnya yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah serta pengalaman keluar masuk penjara. 

Namun jelasnya, teguran yang diberikan adalah sebagai tanggungjawab seorang suami.

"Aku sedar aku penagih keluar masuk penjara banyak kali. Jadi bila suami nasihat dan tegur kau marah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Status FB Tom cetus tanda tanya, tak malu mengaku curang, dedah bakal berpisah dengan Fuad Rahman

ARTIKEL BERKAITAN: “Kami okay sahaja” - Tom nafi dakwaan bercerai, tinggal berjauhan hanya sementara... Fuad Rahman beri izin ‘me time’

"Kau kira hati kau saja, hati suami kau tak kisah ya. Tak apa Allah ada. 

"Insya-Allah aku takkan menyerah kalah kerana hati aku masih sayangkan kau," ujarnya. 

Sebelum ini, Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, mendedahkan dia bakal bercerai dengan Fuad dalam masa terdekat. 

Tom turut mengakui masalah rumah tangga yang berlaku adalah disebabkan kesilapannya sendiri.

Kenyataan Tom sebelum ini mengejutkan ramai.

Kenyataan Tom sebelum ini mengejutkan ramai. 

Bagaimanapun, hantaran tersebut sudah dipadam selepas satu jam dimuat naik.

Malah tidak dapat dipastikan sama ada hantaran dimuat naik adalah benar atau sindiran. 

Untuk rekod, Fuad dan Tom bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain