suria

“Kami okay sahaja” - Tom nafi dakwaan bercerai, tinggal berjauhan hanya sementara... Fuad Rahman beri izin ‘me time’

Tom jelaskan kekeliruan berhubung rumah tangganya.

PENYANYI Tom tampil menjawab spekulasi berhubung dakwaan rumah tangganya dengan Fuad Rahman kini sedang bermasalah.

Menepis dakwaan sudah bercerai, kata Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 40, hubungan mereka masih baik dan tiada sebarang perselisihan berlaku.

Namun, Tom memberitahu dia dan Fuad kini tinggal berjauhan kerana mahu mengambil peluang untuk melakukan aktiviti meluncur air.

Tom menjawab spekulasi rumah tangga bermasalah. 

"Selepas anak kami dah besar sedikit, Fuad izinkan saya untuk kembali aktif surfing. Jadi sebab itu kami duduk berjauhan seketika. Saya tinggal di Kuantan, Pahang dan Fuad menetap di Melaka.

"Sebelum ini saya fokus duduk di rumah menguruskan anak. Sekarang saya mahu 'me time' sekejap. Habis musim monsun nanti saya kembalilah ke Melaka.

"Ramai komen cakap bercerai, tapi sebenarnya kami okay sahaja. Cuma duduk berjauhan sekejap," katanya ketika dihubungi mStar pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tom ada sebab jarang ‘update’ fasal anak tiri, teringin berjumpa bekas isteri Fuad 

ARTIKEL BERKAITAN: Tom tak izin anak masuk asrama, biar ikut langkah jadi pemuzik

Tom sebelum itu turut menjelaskan perkara sama di Instagram miliknya berserta tangkap layar panggilan video dia bersama Fuad.

Tambah penyanyi ini, luahan rasa sedih yang selalu dimuat naik di media sosial juga bukanlah sebagai tanda mereka telah berpisah.

"Saya post di media sosial itu memang kerana sedih disebabkan kami tinggal berjauhan.

Semuanya baik-baik sahaja

TOM 

PENYANYI

"Saya pun tak tahu bagaimana timbul cerita kononnya kami bercerai. Semuanya baik-baik sahaja," jelasnya.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas mereka sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia 2 tahun.

Tom dan Fuad bahagia bersama anak-anak. 

Sebelum itu, Tom juga pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun berakhir dengan perceraian.

Hasil perkahwinan tersebut, dia memiliki tiga orang cahaya mata lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain