SELEPAS 24 jam berkongsi di media sosial, pelakon Shima Anuar memberitahu dia masih belum menerima sebarang maklum balas daripada beberapa kenalan berhubung isu tuntutan hutang.Terus sabar menunggu, Shima atau Noor Hashimah Anuar, 35, bagaimanapun memberi tempoh tiga hari sebelum bertindak mendedahkan nama-nama penghutang yang terus berdiam diri. Malah, dia juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan membuat laporan polis sekiranya masih gagal berhubung dengan pihak berkenaan.Shima harap dapat selesaikan isu hutang secara baik. "Setakat ini, suami saya pun belum mendapat sebarang maklum balas. Saya beritahu suami tunggu tiga hari sebelum kami dedahkan nama mereka semua."Mungkin juga akan buat laporan fasal hal ini. Kami ada bukti dan nak duit itu semula. Kami akan fikirkan sebarang tindakan itu kemudian," katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Shima dan suaminya, Mohd Solih Toha, mereka sedia membuka ruang untuk pihak berkenaan tampil berbincang bagi menyelesaikan isu terbabit.ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar tuntut hutang RM1.5 juta, sedia dedahkan senarai nama termasuk suami artis ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar ‘naik hantu’ keselamatan anak terabai, dakwa empat bibik culas jalankan tanggungjawab… “Ada pembantu rumah ramai pun tak guna”Tambahnya, ini juga bukan pertama kali dia membuat pendedahan di media sosial, namun masih belum mendapat jalan penyelesaian terbaik antara kedua-dua pihak."Rasanya dah tak boleh nak sabar lagi, pilihan terakhir adalah viralkan sebab sudah lama menunggu. Sebelum ini bila orang datang mahu meminjam, kami kesian. Tetapi ada pula yang ambil kesempatan."Kami harap mereka dapat bayar semula hutang itu. Paling tidak, datanglah berjumpa untuk selesaikan masalah. Boleh saja buat bayaran ansuran. Kalau dibiarkan lama, jadi semakin senyap.Perkongsian Shima di Instagram tidak mendapat sebarang respons. "Kami minta sebab itu duit kami. Bukan senang nak cari duit dan kami pun ada keluarga yang perlu ditanggung," ujarnya.Pada Selesa, Shima dan suaminya berkongsi luahan di Instagram menuntut hutang berjumlah RM1.5 juta daripada beberapa individu termasuk suami kepada seorang rakan artis. Daripada jumlah tersebut, nilai RM1 juta merupakan tuntutan kepada pihak kontraktor yang melakukan ubah suai kediamannya tiga tahun lalu."Hutang kontraktor itu sebenarnya telah mendapat perintah mahkamah untuk mereka selesaikan. Sebelum ini hanya bayar RM50,000 sahaja. Perkara ini saya perlu rujuk dengan peguam dahulu untuk tindakan susulan," jelasnya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!