PELAKON Shima Anuar hilang sabar apabila empat pembantu rumahnya dikatakan culas dalam menjaga keselamatan anak bongsunya, Harris ketika dia tidak berada di rumah.
Shima atau Noor Hashimah Anuar, 34, turut meluahkan rasa kesal apabila mendapati anaknya berada di pintu pagar seorang diri tanpa pengawasan pembantu rumah.
"Kejadian sebelum ini, saya keluar ambil Sophia dan Mikhael (anak) balik sekolah.

Perkongsian Shima di Instastory miliknya.
"Harris keluar dah sampai pagar seorang diri. Kau rasa aku tak naik hantu (marah) ke?
"Ada pembantu rumah ramai-ramai pun tak guna," katanya.
Shima berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada pagi Sabtu.
ARTIKEL BERKAITAN: Shima Anuar timang cahaya mata ketiga, anak pertama paling ‘happy’ dapat adik lelaki lagi
ARTIKEL BERKAITAN: Tak boleh memandu kereta seorang diri, Shima Anuar takut kena serangan panik dan anxiety
Dalam hantaran dibuat, Shima turut berkongsi sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memperlihatkan dia sedang menegur tiga pembantu rumahnya itu.
Luah Shima, selama ini dia sentiasa menjaga hubungannya dengan pembantu rumah tetapi kali ini dia sudah hilang sabar kerana dipercayai melakukan kerja sambil lewa sehingga mengancam keselamatan anak lelakinya itu.
Malah Shima turut berkongsi paparan mesej bersama pembantu rumahnya yang dipercayai mahu berhenti kerja.
"Daripada empat pembantu rumah, sekarang semuanya hilang. Baguslah. Daripada aku stres boleh sakit jiwa dengan perangai masing-masing.

Shima (kiri) tidak boleh bertoleransi sekiranya melibatkan keselamatan anak-anak.
"Bila dilayan baik, semua naik lemak. Buat kerja sambal lewa. Semua benda nak ditegur, disuruh. Bukan sekali dua," ujarnya.
Untuk rekod, Shima mendirikan rumah tangga dengan usahawan Mohd Solih Toha pada April 2017.
Selain Harris, mereka dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Marian Sophia, 6, dan Mikhael Iman yang kini berusia lima tahun.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


