suria

Isteri Aiman Tino belum hamil

Penampilan isteri Aiman (kanan) menarik perhatian ramai.

PERUBAHAN bentuk badan isteri kepada penyanyi Aiman Tino menimbulkan tanda tanya sehingga ada yang menyangka dia kini sedang hamil.

Menerusi gambar yang dikongsi di Instagram, bahagian perut Che Syarah Haifah kelihatan seperti baby bump.

Membalas pertanyaan pengikut di sosial media, Syarah bagaimanapun menafikan dakwaan sedang berbadan dua.

Aiman dan Syarah bercuti di Phuket, Thailand.

Dia secara berseloroh memberitahu perubahan itu disebabkan terlalu banyak makan.

“Itu ‘food bump’ ya. Saya tak mengandung,” jawabnya ringkas apabila ada yang mengucapkan tahniah. 

Komen tersebut ditulis pada gambar sedang bercuti bersama Aiman di Phuket, Thailand. 

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino terasa hati sering ditanya soal zuriat, belum terfikir buat IVF

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak baik tendang suami walaupun bergurau” - Tindakan isteri Aiman Tino bergurau kasar cetus perdebatan

Syarah dalam masa sama turut memohon agar mereka dikurniakan cahaya mata. 

“Doakan yang baik-baik,” ujarnya. 

Untuk rekod, Aiman mendirikan rumah tangga dengan Syarah pada 27 April 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain