suria

Suria FM kembali unggul sebagai radio nombor tiga, catat 3.3 juta pendengar sepanjang 2024

Suria FM berada di kedudukan ketiga teratas stesen radio pilihan rakyat Malaysia. 

SURIA FM berjaya mencatat 3.3 juta pendengar bulanan bagi tempoh Januari hingga Disember 2024 sekali gus mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio pilihan rakyat Malaysia. 

Berdasarkan laporan Nielsen Consumer & Media View (CMW), Suria FM kini berada di kedudukan tiga teratas untuk Stesen Radio Bahasa Melayu di Semenanjung Malaysia. 

Kejayaan ini turut mempengaruhi prestasi digital luar biasa di mana sepanjang tahun lalu, Suria FM meraih lebih 113 juta tontonan video, 53 juta pendengar digital, 32 juta paparan dan skrin halaman serta 5.84 juta pengikut aktif di pelbagai platform. 

DJ Lin meluahkan rasa syukur dan berterima kasih atas sokongan pendengar terhadap Suria FM.

Data ini membuktikan kekuatan jenama Suria FM bukan sahaja mendominasi platform radio, malah semakin menguasai dunia digital.

Mengulas lanjut berkenaan pencapaian stesen radio tersebut, Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih mesra disapa DJ Lin meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada pendengar atas kesetiaan terhadap Suria FM. 

ARTIKEL BERKAITAN: Daripada pemandu e-hailing ke konti radio, Irsyad ‘suara’ baharu Suria FM

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Morning-Morning Suria’ ada penyampai radio baru! Fad Bocey kini bergandingan dengan Ajak 

"Kami amat menghargai kepercayaan jutaan pendengar dan pengguna digital yang memilih Suria FM sebagai teman hiburan harian. 

"Sokongan ini menjadi dorongan untuk kami terus menghasilkan kandungan segar, relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia. Kejayaan ini hasil kerja keras seluruh warga Suria FM yang komited memberi pengalaman terbaik kepada pendengar. 

"Kami turut mengucapkan terima kasih atas sokongan padu anda yang merupakan pemangkin semangat untuk terus menjadikan Suria FM sebagai jenama radio pilihan anda," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain