PERSONALITI media sosial Aisar Khaled sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tindakannya mahu merangkul bahu Naib Presiden Indonesia (Wapres), Gibran Rakabuming Raka ditepis oleh pasukan pengawal keselamatan.
Menerusi perkongsian video tular [Tonton video] di media sosial, Aisar atau Aisar Khaled Kamel, 25, dilihat cuba merangkul bahu Gibran sebagai menunjukkan tanda keakraban sewaktu menyertai lawatan rasmi ke pembukaan Festival Pacu Jalur 2025 yang berlangsung di Riau, Indonesia.
Tindakan tersebut segera mendapat perhatian anggota pasukan pengawal keselamatan Wapres yang pantas menepis tangan Aisar sebagai isyarat menjaga batas protokol rasmi kerajaan Indonesia.

Aisar kini banyak meluangkan masa di Indonesia.
Dalam pada itu, anggota pasukan keselamatan turut segera bertindak mendekati Gibran bagi memastikan pengawasan dan etika interaksi dikekalkan.
Menjengah di ruangan komen, insiden tersebut turut menjadi perhatian netizen yang menyifatkan tindakan Aisar adalah keterlaluan.
ARTIKEL BERKAITAN: Ria Ricis tak rancang kahwin Aisar Khaled, video ‘dating’ hanya urusan kerja
ARTIKEL BERKAITAN: Aisar Khaled nak bantu rakyat Indonesia, minta Ammar Nazhan fikir dulu sebelum buat ‘content’
"Itu Naib Presiden, kau (Aisar) main rangkul saja dah macam kawan baik.
"Sudahlah Aisar jangan berlebihan, itu adalah Naib Presiden Indonesia faham tak?
"Kesal dengan tindakan Aisar, dengan Naib Presiden nak dirangkul pula. Sopan sikitlah," tulis netizen.
Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube
TONTON VIDEO PILIHAN!


