suria

Ria Ricis tak rancang kahwin Aisar Khaled, video ‘dating’ hanya urusan kerja

Ria tiada apa-apa perasaan terhadap Aisar.

PERSONALITI media sosial Indonesia, Ria Ricis menegaskan hubungan rapat dia bersama Aisar Khaled hanyalah atas dasar kerja tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta.

Enggan namanya terpalit dengan sebarang kontroversi, Ria, 30, juga memberitahu mereka profesional ketika bersama meskipun kelihatan rapat seperti pasangan kekasih.

Bahkan kata Ria, dia tidak terfikir menjadikan pempengaruh asal Malaysia itu sebagai teman hidup.

Ria profesional kerja dengan Aisar.

"Tidaklah... kalau saya kolaborasi dengan sesiapa, itu semua profesional.

"Tiada ke arah mahu berjodoh ataupun ada perancangan ke fasa seterusnya dalam hubungan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu lempar kata-kata kesat terhadap anak, Ria Ricis cari pelaku sampai lubang cacing

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri sulung minta adik buat teman bermain, Ria Ricis cadang ambil anak angkat

Ria mengulas perkara itu apabila ramai pengikut di media sosial bertanya akan status hubungan mereka selepas dilihat sering meluangkan masa bersama.

Lebih menguatkan spekulasi mereka sedang bercinta adalah kehadiran Aisar ke rumah Ria dalam satu video yang dikongsi. 

Malah tajuk video 'Date With Aisar' turut menguatkan dakwaan kononnya Ria mula jatuh hati dengan lelaki berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain