suria

Pelakon China langgar etika pemakaian, kena halau sebab terlalu seksi

Yingzi dihalau daripada menghadiri acara karpet merah Festival Filem Cannes 2025.

GARA-GARA berpakaian seksi, pelakon asal China, Zhao Yingzi dihalau ketika tampil di acara karpet merah Festival Filem Cannes 2025 yang berlangsung pada Rabu. 

Pihak penganjur terpaksa bertindak mengusir pelakon berkenaan kerana baju dipakai itu melanggar peraturan pemakaian yang telah ditetap. 

Yingzi muncul di acara berkenaan dengan menggayakan busana rona perak yang nipis sehingga memperlihatkan warna kulit termasuk bahagian dada dan perut. 

Penampilan terlalu seksi Yingzi di karpet merah mendapat perhatian penganjur.

Lebih memburukkan keadaan ketika itu, kemunculannya mengganggu tetamu lain setelah berulang kali diminta meninggalkan karpet merah. 

Dia dilihat sengaja melengahkan masa meminta fotonya dirakam sedangkan amaran untuk segara beredar telah diberikan. 

Difahamkan pihak pengajur telah membuat peringatan awal kepada semua tetamu agar mengikut tema pakaian yang melarang memperlihatkan tubuh badan ketika di acara karpet merah. 

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu seksi sambut krismas! Netizen sakit mata tengok Paris Hilton cuma tutup badan pakai reben merah

ARTIKEL BERKAITAN: Bakal bergelar bapa, Denny Sumargo elak pandang wanita seksi

Sebelum insiden dihalau berlaku, Yingzi sempat memuat naik foto di Weibo membicarakan soal pakaiannya yang terkena bancuhan kopi. 

“Saya tidak menyangka gaun ini akan terkena kopi. Anda tahu bagaimana cara yang cepat untuk menghilangkan kesan kopi ini?” tulisnya. 

Bagaimanapun tindakan pelakon tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan dia sengaja mencari perhatian ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain